video teleconferencing (VTC) | telesidang video | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persidangan berasaskan video. Telesidang video boleh berplatform web, mudah alih, komputer meja, televisyen atau kemudahan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi. Contoh telesidang video menggunakan telekomunikasi ialah Very Small Aperture Terminal (VSAT). Lihat juga telesidang, sidang web. |
Macau scam | penipuan Macau | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah kewangan yang melibatkan penipuan dengan menggunakan telekomunikasi yang dimulakan oleh sindiket di Macau. Contoh penipuan Macau ialah panggilan telefon kepada pemenang bertuah, membuat tuntutan penculikan, penyamaran sindiket sebagai anggota polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank yang lain. |
Rich Communication Service (RCS) | Perkhidmatan Komunikasi Aneka (RCS) | Komunikasi | Tiada | Sistem protokol komunikasi antara peranti dan syarikat telekomunikasi yang menyokong penghantaran media resolusi tinggi menggantikan khidmat pesanan ringkas (SMS). |
small office/virtual office (SOVO) | pejabat kecil/pejabat maya (SOVO) | Umum | Tiada | Pejabat yang dilengkapi dengan sistem telekomunikasi dan infrastruktur untuk tujuan perniagaan atau komersial. |
teleconferencing | telesidang | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dua hala yang interaktif dan dinamik antara individu secara serentak di beberapa lokasi menerusi medium telekomunikasi yang membolehkan mereka mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Terdapat pelbagai jenis media telesidang seperti audio, audiografik, komputer, web, video dan televisyen. Telesidang sering digunakan dalam pendidikan jarak jauh. |
photonics | fotonik | Fizik | Nanoteknologi | Bidang sains yang melibatkan penjanaan, pengawalan dan pengesanan foton terutamanya dalam kawasan spektrum sinar tampak dan inframerah. Contohnya, pengesanan cahaya, sistem telekomunikasi optik gentian, pemprosesan maklumat, holografi dan perubatan seperti endoskopi. |
atomic force microscope (AFM) | mikroskop daya atom (AFM) | Fizik | Nanoteknologi | Peranti yang menggunakan penduga yang dipasang pada spring untuk menghasilkan imej individu atom pada permukaan suatu bahan. Dalam reka bentuk konvensional, penduga merentasi permukaan bahan sambil bergerak turun dan naik kerana tarikan daya atom, pergerakan turun-naik tersebut dirakam dengan bantuan satu alur laser yang memantulkan cahaya dari kepala penduga. Pola cahaya pantulan membentuk imej permukaan. Imej yang diperoleh adalah 1000 kali ganda lebih besar daripada imej yang dihasilkan oleh mikroskop optik. AFM digunakan untuk menganalisis dan memproses bahan bagi pelbagai kegunaan termasuk elektronik, telekomunikasi, biologi dan industri teknologi tinggi yang lain. Penggunaan mikroskop ini telah diperluas daripada sistem yang asal termasuk mendapat imej sifat magnet bahan dan dapat digunakan pada bahan bukan konduktor. Banding mikroskop penerowongan imbasan. |