prism binocular | teropong prisma | Fizik | Optik | Sejenis binokular yang terdiri dari sepasang teleskop. Teleskop ini menggunakan sistem penegak prisma Porro untuk menegakkan imej dan mengurangkan panjang alat ini. |
diffraction ring | belauan) | Matematik | Tiada | Gelang berpusat mengelilingi imej bintang dan berbentuk cakera kecil yang terbentuk dalam teleskop, terutamanya dalam teleskop kecil berbanding dengan teleskop besar. |
inverting telescope | teleskop songsang | Fizik | Optik | Teleskop yang menyongsangkan imej biasa teleskop supaya objek yang hendak dicerap itu kelihatan terbalik. |
star telescope | teleskop bintang | Fizik | Optik | Teleskop yang kanta objeknya besar untuk menambah pencahayaan dan menghasilkan imej tegak. Teleskop ini digunakan untuk membantu semasa pelayaran dengan mencerap kedudukan bintang. |
corrector plate | plat pembetul | Fizik | Optik | Kanta tipis atau sistem kanta yang digunakan untuk membetulkan aberasi sfera bagi kanta sfera, atau koma bagi kanta parabola, biasanya digunakan dalam teleskop seperti teleskop Schmidt. |
prismatic telescope | teleskop prisma | Kejuruteraan | Tiada | Teleskop teodolit yang mempunyai kanta mata yang dipasang prisma yang memantulkan pada 90o, dan memungkinkan pandangan curam diambil. |
solar telescope | teleskop suria | Matematik | Tiada | Teleskop pantulan atau serakan yang dilengkapi dengan peralatan khas yang digunakan untuk mengkaji matahari. |
transit telescope | teleskop transit | Matematik | Tiada | Teleskop yang boleh berbuai pada satu arah sahaja, yakni ke atas dan ke bawah di sepanjang garis utara-selatan di langit di sepanjang meridian pencerap. |
Tautenburg telescope | teleskop Tautenburg | Matematik | Tiada | Teleskop Schmidt yang terbesar di dunia yang mempunyai plat pembetulan berdiameter 53 inci, cermin sfera berdiameter 72 inci dan panjang fokusnya 157 inci. |
astronomical telescope | teleskop astronomi | Fizik | Optik | Teleskop yang direka untuk pengamatan objek astronomi. |