Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.vi.syen] | تيليۏيشن

Definisi : (télévisyen) 1. penyiaran (peman­caran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pd skrin atau kaca peti televisyen; 2. = peti ~ alat yg menerima pancaran televisyen; ~ berwarna = ~ warna televisyen yg menyiar­kan gambar berwarna; ~ litar tertutup a) sistem televisyen yg dipasang utk memancar­kan siaran ke beberapa bilik di dlm tempat atau bangunan tertentu; b) sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.vi.syen] | تيليۏيشن

Definisi : /télévisyen/ 1 proses pe­nyiaran gambar serta bunyi menerusi udara atau kawat dgn menggunakan alat yg dpt mengubah gambar dan bunyi menjadi gelombang elektrik dan mengubahnya kembali menjadi gambar dan bunyi pd alat penerimanya. 2 = peti ~ alat yg menerima siaran dlm bentuk bergambar dan bersuara. ~ litar tertutup a. sistem televisyen yg dipasang utk memancarkan siaran ke beberapa bilik atau tempat tertentu di dlm bangunan dsb. b. sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata televisyen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spin-offkeluaran sampingan; terbitan turunanPenerbitanTiadaPenghasilan sesebuah buku, filem atau siri televisyen baharu yang datang selepas kejayaan sesebuah buku, filem atau siri televisyen.
webisodewebisodTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaRancangan televisyen, video dan lain-lain yang ditayangkan secara berepisod, yang hanya dapat ditonton secara dalam talian.
binge-watchtonton lewahUmumTiadaPerbuatan menonton beberapa episod program televisyen dalam tempoh masa yang singkat secara berlebihan.
spoilerbocoranKesusasteraanTiadaPerincian atau maklumat penting terhadap perkembangan plot drama televisyen, filem, buku dan sebagainya yang dibocorkan.
dramadramaKesusasteraanTiadaKarya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen. Aristotle mentakrifkan drama sebagai aksi manusia yang ditiru. Drama boleh dicipta dalam bentuk lisan atau tulisan. Teks yang dicipta secara lisan lebih mementingkan unsur persembahan daripada unsur sastera yang bertulis. Contohnya, drama tradisional tempatan seperti makyung dan wayang kulit. Terdapat pelbagai jenis drama, antaranya drama tragedi, drama komedi dalam bacaan, dan melodrama yang mempunyai subgenre masing-masing. Drama mempunyai dua dimensi, iaitu sebagai karya kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk dialog dengan tujuan untuk dipentaskan sebagai seni pertunjukan, dan sebagai teks sastera untuk dihayati dan dikaji. Struktur drama Barat boleh dilihat dalam The Poetics karya Aristotle, manakala struktur drama Timur boleh ditemui dalam drama Sanskrit Natyasastera. Contoh drama Melayu ialah Gong dan Orang-orang Pulau oleh Hassan Saprin, dan Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shahrom Hussien. Drama berasal daripada perkataan Yunani dran yang bermaksud �melakukan, melakonkan, atau mencapai.
couch potatobirah tak beruratUmumTiadaSeseorang yang banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan tidak mempunyai sebarang aktiviti yang menarik dalam kehidupan sehariannya.
idiot boardpapan ingatPendidikanTiadaPapan yang bertulis dengan teks atau sari kata untuk membantu peyampai televisyen mengingatinya.
video teleconferencing (VTC)telesidang videoTeknologi Maklumate-PembelajaranPersidangan berasaskan video. Telesidang video boleh berplatform web, mudah alih, komputer meja, televisyen atau kemudahan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi. Contoh telesidang video menggunakan telekomunikasi ialah Very Small Aperture Terminal (VSAT). Lihat juga telesidang, sidang web.
zinc sulfidezink sulfidaFizikKeadaan PepejalSebatian kimia, dengan rumus kimia ZnS, terdapat dalam bentuk serbuk putih yang digunakan pada layar televisyen, permukaan berkilau pada jam dan sebagai pigmen dalam industri pembuatan kertas. Sebatian ini wujud secara semula jadi sebagai sfalerit dan wurtzit.
cathodoluminescencekatodpendarcahayaanFizikNanoteknologiFenomena pemancaran cahaya, kesan hentaman alur elektron dalam tiub sinar katod ke atas bahan pendarcahaya seperti zink sulfida pada layar televisyen. Fenomena ini juga digunakan dalam mikroskopi elektron imbasan untuk mengkaji nanostruktur bahan.
123

Kembali ke atas