Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Telur sesangkak,
     pecah satu pecah semua.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
egg qualitykualiti telurPerikananAkuakulturPeratusan telur tersenyawa yang terapung berbanding dengan telur tidak tersenyawa yang tenggelam. Telur yang terapung 80% ke atas dikategorikan sebagai telur yang berkualiti.
artemia cystsista artemiaPerikananAkuakulturTelur artemia yang belum menetas. Pada kemasinan lebih daripada 100 ppt, artemia akan menghasilkan telur. Telur tersebut akan dikumpulkan dalam keadaan dorman. Telur artemia kelihatan seperti partikel kecil berwarna coklat keperang-perangan dan berbentuk bulat. Sumber sista artemia diperoleh daripada tasik-tasik garam seperti Great Salt Lake, Amerika Syarikat. Sista artemia ditinkan bagi tujuan komersial.
fertile eggtelur berbenihPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTelur yang telah disenyawakan dan boleh berkembang menjadi embrio. Contoh telur berbenih ialah telur ayam yang berusia tiga hari ke atas.
egg and anchortelur dan sauhKesenianHiasan DalamanRangkaian unit (ukiran) pada kumai yang biasanya dijadikan sebagai hiasan sempadan yang berbentuk bujur telur dan sauh dalam kedudukan corak yang bersambung dan berturutan. Corak telur dan sauh banyak terdapat pada seni bina klasik abad ke-16. Ukiran ini diperbuat daripada kayu, batu dan lepa. Sinonim telur dan damak.
hexastichsadbarisKesusasteraanPuisiRangkap puisi yang terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi yang menonjolkan bentuk sadbaris ini ialah pantun enam kerat seperti di bawah. Orang Baghdad bawa teraju, Orang Makkah bawa telur, Telur dimakan bulan puasa; Rumah gadang bersendi batu, Jika adat bersendi alur, Alur itu kan ganti raja.
egg and darttelur dan damakKesenianHiasan DalamanLihat telur dan sauh.
larvalarvaPerikananAkuakulturPeringkat selepas penetasan telur dan masih mempunyai kantung telur sebagai sumber makanan. Sinonim rega.
egg strippingpelurutan telurPerikananAkuakulturProses melurut bahagian abdomen ikan betina menggunakan jari bagi mengeluarkan telur yang telah matang daripada kantung pembiakan dan dicampurkan dengan sperma ikan sebagai tujuan pembiakan aruhan.
egg yolkkuning telurPerikananAkuakulturSumber makanan semula jadi dalaman yang terdapat bersama-sama larva ikan yang baru menetas. Kuning telur merupakan makanan awalan sebelum larva ikan menerima makanan luaran.
egg and tonguetelur dan lidahKesenianHiasan DalamanBentuk alat hiasan untuk ukiran kayu, batu atau plaster yang terdiri daripada objek berbentuk telur dan sauh, anak panah, damak atau lidah yang diatur pada kedudukan yang sama. Ornamen ini boleh didapati pada bangunan Greek dengan gaya ionik, yang bermula pada abad ke-4 sebelum Masihi.
12345

Kembali ke atas