Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; mem­beri makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1 barang-barang (spt pinggan, mangkuk) yg dibuat drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap. 2 serpihan atau pecahan pinggan mangkuk dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembikar (kata nama)
Bersinonim dengan porselin, seramik.,

Peribahasa

Jangan berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Derby porcelaintembikar DerbyKesenianHiasan DalamanTembikar yang menggunakan motif bunga dan figura yang dibuat di Derby, England. Tembikar ini dipercayai dihasilkan pada tahun 1750.
Fulham stonewaretembikar FulhamKesenianHiasan DalamanTembikar yang mempunyai permukaan berkilat dan dikaitkan dengan porselin, dan berasal dari daerah Fulham di England. Tembikar ini diperkenalkan oleh Robert Wallace Martin pada tahun 1873.
bone chinatembikar chinaKesenianHiasan DalamanTembikar yang dibuat daripada kapur campuran tanah liat dan abu tulang sebagai serbuk komponen utama yang mula diperkenalkan di Britain. Tembikar ini berwarna putih serta mempunyai ketahanan yang kuat.
Chelsea porcelainporselin ChelseaKesenianHiasan DalamanTembikar yang dibuat di Chelsea, England dan mula terkenal pada tahun 1743. Pada asalnya, tembikar ini diperbuat daripada bancuhan lembut, yang terdiri daripada timah oksida.
potterytembikarKesenianHiasan DalamanBarang-barang, seperti pinggan dan mangkuk, yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar dalam relau dan bergilap.
earthenwarebarang tembikarKesenianHiasan DalamanBarang-barang yang diperbuat daripada tanah liat, seperti periuk atau belanga yang dikeraskan menggunakan api.
P. faiencefaienceKesenianHiasan DalamanBarangan tembikar yang berwarna gelap dan badannya dilapik dengan lapisan legap seperti enamel yang dihias dengan lukisan.
reduction firingbakar kurangKesenianTiadaProses membakar tembikar di dalam tanur dengan mengehadkan kemasukan oksigen untuk menghasilkan kesan khusus.
basaltesbasaltesKesenianHiasan DalamanBarangan yang diperbuat daripada batu gunung berapi yang berwarna hitam dan keras, yang diperkenalkan oleh Josiah Wedgewood di Etruria, Staffordshire, England. Pada tahun 1768, barangan Wedgewood hitam ini telah dikembangkan menjadi barangan tembikar berwarna, yang dikenali sebagai Egyptian black oleh pembuat tembikar di Staffordshire.
garnituregarniturKesenianHiasan DalamanHiasan atau motif yang biasanya terdapat pada perabot dan tembikar di Perancis.
12

Kembali ke atas