Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.bo/] | تيمبوق

Definisi : (témbok) I 1. dinding yg dibuat drpd batu bata dll, benteng drpd batu dll; 2. tambak yg dibina drpd batu bata dll; 3. ki sesuatu yg memisahkan atau mengasingkan: akhbar dapat memecahkan ~-~ kedaerahan dan kenegerian dan memusnahkan semangat sempit itu; ~ beton Id tembok drpd campuran kerikil, pasir dan simen (utk tiang rumah, dinding, dll); ~ kering ki orang yg sangat kedekut; ~ penahan binaan, biasanya drpd konkrit, yg dibina di lereng bukit, tebing sungai dsb utk menahan tanah, batuan drpd runtuh; menembok mendinding dgn tembok, menam-bak (meninggikan) dgn tembok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.bo/] | تيمبوق

Definisi : (témbok); menembok Jw melekat-kan lilin pd bahagian kain yg hendak dibiarkan putih (apabila membatik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.bo/] | تيمبوق

Definisi : (témbok); menembok menyejuk­kan air panas dll dgn mengacau-ngacaukannya (menuang-nuangkan ke bekas lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.bo/] | تيمبوق

Definisi : /témbok/ 1 dinding atau benteng yg dibuat drpd batu bata dll. 2 tambak yg dibuat drpd batu dll. ~ penahan binaan drpd konkrit di lereng bukit, tebing sungai dsb utk menahan tanah, batuan dsb drpd runtuh. menembok mendinding atau menambak dgn tembok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembok
Rujuk :tambak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
personal firewalltembok api peribadiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian tembok api yang dipasang pada sistem komputer peribadi yang mempunyai ciri yang setara dengan tembok api biasa. Perisian ini hanya melindungi satu sistem komputer sahaja dan lebih bertumpu kepada kawalan capaian pada tahap proses perisian di dalam sistem komputer. Perisian ini juga mengawal capaian dengan rangkaian.
network level firewalltembok api paras rangkaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTembok api yang memeriksa dan menyaring pengepala paket pada peringkat rangkaian berpandukan dasar keselamatan. Pemeriksaan terhad kepada peringkat rangkaian tetapi tidak memeriksa kandungan data paket rangkaian.
firewalltembok apiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengawal capaian keluar dan masuk ke prasarana pengkomputeran organisasi berasaskan dasar keselamatan. Perisian atau perkakasan ini mempunyai petua yang mengandungi senarai capaian seperti hos, alamat IP, nombor port, ID pengguna, dan proses yang dibenarkan untuk menggunakan prasarana komputer tersebut. Percubaan mencapai dengan cara lain akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi.
application proxyproksi aplikasiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAtur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi.
retaining walltembok penahanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
wall boundarysempadan tembokPenilaian Harta TanahTiadaTiada
random rubble walltembok batu rambangPenilaian Harta TanahTiadaTiada
packet filtertapis paketTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian tembok api yang kurang selamat. Tapis ini meneliti kandungan setiap paket yang masuk ke dalam atau ke luar dari suatu rangkaian dan mencari data tertentu. Contohnya, perisian yang menghalang paket dengan melihat alamat IP atau tandatangan virus pada paket tetapi mengetepikan keadaan sesi sambungannya.
screened subnetsubrangkaian teradangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian yang tersembunyi di sebalik tembok api yang tidak dapat dicapai secara terus dari luar rangkaiannya kecuali melalui penghala pengadangan atau get laluan hos terhadang.
landscape constructionbinaan landskapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaElemen-elemen landskap seperti tembok, pagar, wakaf, empangan kecil atau pancutan air.
12

Kembali ke atas