Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pa.tan] | تمڤتن

Definisi : yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local authoritypihak berkuasa tempatanSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang berada di peringkat tempatan seperti kota, bandaran, daerah dan mukim yang memiliki bidang kuasa mengurus dan memelihara kepentingan tempatan seperti kebersihan bandar, pengurusan sampah, cukai pintu, perumahan dan kedai, tempat letak kereta, taman dan rekreasi, khidmat komuniti, urusan alam sekitar dan trafik. Bidang kuasa ini terlebih dahulu telah ditetapkan oleh dewan perundangan dan termaktub dalam perlembagaan. Bagi sebuah negara persekutuan, urusan kerajaan tempatan ini terletak di peringkat negeri. Contohnya, pengutipan cukai pintu berbeza kadarnya antara satu bandar dengan bandar lain bergantung kepada autoriti tempatan kawasan tersebut. Sinonim autoriti tempatan.
ethopoeticsetnopuitikaKesusasteraanTiadaPerihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Puitika Sastera Melayu (2000). Menurut beliau, konsep puitika sastera Melayu harus digali daripada sumber tradisi lisan Melayu. Oleh itu, beliau menyarankan agar konsep teks, genre, pengarang, khalayak, dan keindahan dalam sastera Melayu harus bersumberkan tradisi lisan Melayu. Sarjana lain yang turut membicarakan konsep puitika Melayu ialah Mohd. Affandi Hassan, Hashim Awang dan V,I. Braginsky.
local authoritypihak berkuasa tempatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah undang- undang kerajaan tempatan bagi mentadbir dan memberi perkhidmatan bandar dalam kawasan kerajaan tempatan berkenaan.
local operatoroperator tempatanPelanconganTiadaPengusaha tempatan yang menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan.
local authorityautoriti tempatanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat pihak berkuasa tempatan.
local planningperancangan tempatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses penyediaan rancangan pembangunan tempatan.
local planrancangan tempatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaRancangan pembangunan terperinci yang disediakan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan berdasarkan rancangan struktur yang telah disediakan mengikut peruntukan tertentu.
local colourwarna tempatan; warna lokalKesusasteraanPuisiSegala pencitraan dalam puisi terutamanya pemakaian bahasa dan penggunaan unsur alam yang bersifat tempatan. Dengan kata lain, tiada pengaruh dan penggunaan unsur dari luar wilayah atau negara. Contohnya, "Waktu Berdepan Denganmu, Kinabalu" dalam kumpulan pantun Era karya Kemala. Kinabalu Kinabalu kutatang rindu aneh itu atmacinta bercucuran dari tubuhmu dari sungai rahmat mengalir percintaan syahdu zaman ke zaman
Local Government ActAkta Kerajaan TempatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaUndang-undang bertulis yang memperuntukkan kuasa dan bidang tugas kerajaan tempatan.
appropriate technologyteknologi wajarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTeknologi pembangunan yang disesuaikan kepada keperluan tempatan dan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan.
12345678910...

Kembali ke atas