Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : 1. kulit yg keras pd beberapa jenis buah (terutama kulit buah kelapa): senduk itu dibuat drpd ~ kelapa; 2. kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (utk bekas air dll), batok, geluk: pengemis-pengemis itu menghulurkan ~ mereka kpd orang-orang yg lalu di depan mereka; 3. sesuatu yg menyerupai tempurung; ~ betina belahan tempurung yg di sebelah bawah; ~ jantan belahan tempurung yg di sebelah atas; ~ kepala = ~ otak tulang kepala yg melindungi otak; ~ lutut tulang bulat pd lutut di sebelah depan, Patella rotula; ~ rebab badan rebab (biasanya drpd tempurung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : buah ~ sj tumbuhan (pokok yg buahnya berwarna hijau), buah advokat, Persea gratissima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : 1 kulit yg keras pd bebe­rapa jenis buah (terutamanya kulit buah kelapa): Senduk itu dibuat drpd ~ kelapa. 2 kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (biasanya dijadikan bekas air dll): Seorang pengemis tua telah menghulurkan ~nya kpd kami. ~ kepala tulang kepala yg melindungi otak. ~ lutut tulang yg agak bulat pd lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempurung (kata nama)
Bersinonim dengan geluk, batok, sayak.,

Puisi
 

Tempurung bermata tiga,
     Ayam di bawah rumah kandang-kandangan;
Akan terturun akan tiada,
     Lekat di rumah berpandangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sudah bertongkat tempurung,
     tak terangkat pelupuk matanya lagi.

Bermaksud :

Sudah tua sekali.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bulat tempurungbulat tempurungKerisTiadaBentuk buntut yang bulat seperti tempurung kelapa.
knee captempurung lututVeterinarTiadaTiada
brain casetempurung otakVeterinarTiadaTiada
spud cantempurung bicuKejuruteraanTiadaAlat berbentuk bulat dan mempunyai muncung tajam yang dipasang pada tapak kaki rig bicu.
knee captempurung lututPerubatanTiadaLihat patela.
skull meltingpeleburan tempurungFizikTiadaTiada
skull furnacerelau tempurungFizikTiadaTiada
patellectomypatelektomiPerubatanTiadaPembuangan tempurung lutut secara pembedahan.
atheterenbatilKesusasteraanTiadaAlat seperti tempurung, perak, tembaga dll. Contoh : alat yang digunakan oleh Awang Batil sewaktu bercerita.
cerebrospinal fluidcecair serebrospinaPerubatanTiadaCecair jernih yang terdapat dalam tempurung kepala dan kanal spina. Cecair ini berfungsi sebagai pembekal nutrien kepada sistem saraf pusat dan penyerap kejutan untuk otak. Cecair serebrospina juga dikenali sebagai air tulang belakang.
12

Kembali ke atas