practice management system (PMS) | perisian pengurusan amalan (PMS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang digunakan dalam penjagaan kesihatan untuk pengurusan operasi harian kemudahan kesihatan seperti jadual temu janji doktor, penjanaan laporan pesakit, urusan pentadbiran dan pembayaran bil. |
radiology information system (RIS) | sistem maklumat radiologi (RIS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem teras bagi pengurusan imej radiologi secara elektronik. Fungsi utama RIS termasuk pengurusan pesakit, temu janji, penjejakan imej, pengurusan bil dan penjanaan laporan. RIS melengkapi sistem maklumat hospital (HIS) dan sistem komunikasi dan pengarkiban gambar (PACS) untuk amalan kerja radiologi yang cekap. |
blind date | janji temu buta | Umum | Tiada | Janji temu dengan seseorang yang belum pernah ditemui sebelum ini. |
walk-in vaccination | vaksinasi tanpa janji temu | Kesihatan Awam | Tiada | Pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada individu yang belum menerima tarikh janji temu dan datang terus di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terpilih di seluruh negara melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). |
dating | janji temu | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
pick-up line/ chat-up line | kata pikat | Sosiologi | Tiada | Komunikasi dengan niat untuk melibatkan orang yang tidak dikenali dengan menggunakan kata-kata atau ayat lucu dan romantik untuk menarik perhatian dan membuat janji temu. |
personal health record (PHR) | rekod kesihatan peribadi (PHR) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Aplikasi elektronik yang berkaitan dengan maklumat kesihatan yang boleh dicapai, diurus dan dikongsi oleh seseorang individu kepada mereka yang diberikan kebenaran. Rekod data perubatan ini meliputi maklumat janji temu dengan penjagaan kesihatan profesional, sejarah keluarga, alahan, imunisasi, maklumat penyakit yang dihidapi, dan maklumat perubatan yang lain. |