energy source | sumber tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Punca penjanaan tenaga yang boleh diguna pakai atau diperoleh sama ada secara langsung atau melalui proses perubahan tenaga. Contohnya, bahan api pepejal, bahan api cecair, tenaga suria, biojisim, tenaga hidro, tenaga geoterma, tenaga nuklear dan tenaga angin. |
energy input | input tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Jumlah tenaga yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem atau peranti. Peranti mungkin akan menukarkan jenis tenaga tetapi tidak menukarkan jumlah tenaga yang diterima. Contohnya, tenaga elektrik (input) yang dialirkan ke mentol akan berubah kepada tenaga cahaya dan tenaga haba (output). |
energy star | bintang tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Label yang digunakan pada peralatan elektronik untuk menggambarkan kecekapan penggunaan tenaga. Di Malaysia, bintang tenaga dibangunkan melalui sistem penarafan penggunaan tenaga elektrik oleh Suruhanjaya Tenaga. |
Arrhenius process | proses Arrhenius | Fizik | Nanoteknologi | Proses yang memerlukan tenaga haba tambahan bagi mengatasi sawar tenaga, iaitu tenaga keaktifan sebelum sesuatu tindak balas dapat berlaku. Proses ini memenuhi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea = tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Contohnya, tindak balas ion dalam larutan dan tindak balas yang berlaku dalam organisma hidup. |
Coulomb blockade | penghalang Coulomb | Fizik | Nanoteknologi | Alat untuk menghalang pemindahan elektron ke dalam daerah yang menghasilkan perubahan tenaga elektrostatik melebihi tenaga terma. Jika daerah tersebut dicirikan dengan kapasitans C, tenaga elektrostatik bertambah sebanyak e2/2C dengan kehadiran suatu elektron. Dalam struktur makro, perubahan tenaga ini tidak ketara manakala dalam struktur nano terutamanya dalam bintik kuantum, syarat e2/2C melebihi tenaga terma kBT amat ketara. Perubahan dalam tenaga elektrostatik yang disebabkan oleh pemindahan elektron tunggal terhasil dalam jurang tenaga e2/2C dalam spektrum tenaga pada aras Fermi dikenali sebagai jurang Coulomb. Kemasukan elektron dalam rejim penghalang Coulomb disekat sehingga jurang tenaga diatasi oleh medan pincang. Fenomena ini berlaku dalam penerowongan elektron tunggal. Sinonim jurang Coulomb. |
energy storage | storan tenaga | Fizik | Nanoteknologi | Sistem untuk menyimpan suatu sumber tenaga yang tidak kekal kepada bentuk tenaga kekal bagi kegunaan pada masa akan datang. Contohnya, tenaga sinaran matahari disimpan sebagai tenaga kimia dalam. |
energy usage conservation | pemuliharaan penggunaan tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Usaha atau amalan penjimatan dengan mengurangkan guna pakai tenaga. Pemuliharaan penggunaan tenaga biasanya dilakukan dengan meningkatkan kecekapan guna tenaga dan perkhidmatan yang berkaitan. |
radiation energy | tenaga sinaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tenaga yang bergerak dalam bentuk gelombang atau zarah. Tenaga sinaran yang berbentuk gelombang mempunyai frekuensi yang tinggi dan jarak gelombang yang pendek, manakala tenaga sinaran berbentuk zarah pula bergantung kepada jisim zarah tersebut. Unit bagi tenaga sinaran ialah kilo-elektron volt (keV) atau mega- elektron volt (MeV). |
elastic potential energy | tenaga keupayaan kenyal | Sains Sukan | Biomekanik | Tenaga yang disimpan oleh jasad apabila diregangkan atau dimampatkan. Contohnya, tenaga keupayaan pada tali panah yang diregangkan, trampolin yang diinjak dan bola getah yang melantun apabila dibaling ke dinding. Sinonim tenaga potensi elastik. |
energy system | sistem tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Semua komponen yang berkaitan dengan pengeluaran, perubahan, penghantaran, penyimpanan dan penggunaan tenaga. Contohnya, sistem penjanaan tenaga elektrik daripada sumber hidro. |