manspower policy | dasar tenaga manusia | Ekonomi | Tiada | Dasar yang bertujuan untuk menyediakan buruh dengan bilangan yang mencukupi dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan sesebuah negara. Dasar ini melibatkan tiga aspek, iaitu penawaran buruh, permintaan buruh, dan pewujudan tenaga buruh. Dalam pelaksanaannya, dasar ini menitikberatkan latihan untuk meningkatkan kualiti buruh supaya seimbang dengan permintaan buruh dan pelajaran, bersesuaian dengan peningkatan kualiti tenaga manusia. |
labour | buruh | Ekonomi | Tiada | Tenaga manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi tidak termasuk tenaga pengurusan dalam bentuk fizikal atau mental. Buruh bersifat kuantitatif dari segi tenaga dan masa, dan bersifat kualitatif dari segi kepintaran dan kemahiran. |
automation | automasi | Ekonomi | Tiada | Penggunaan alat mekanik dan elektronik yang maju, seperti komputer, mesin kira, mesin pendua, dan robot, yang boleh membantu mempercepat proses sesuatu pengeluaran. Automasi meningkatkan daya pengeluaran dan mungkin mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Automasi merupakan kesan daripada kemajuan teknologi. |
cobot | kobot | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis robot yang berinteraksi secara terus dengan manusia. Prototaip asal kobot telah digunakan dalam industri pemasangan kereta untuk membawa komponen yang berat seperti kerusi dan papan meter ke dalam kereta supaya tidak merosakkan kereta jika dibandingkan dengan tenaga manusia. |
low energy flow | aliran tenaga rendah | Sains Sukan | Biomekanik | Tenaga yang dijana oleh jasad fizikal seperti daya penguncupan otot dan jenis pergerakan yang dilakukan oleh tubuh manusia (berdasarkan pendekatan ekologi kawalan pergerakan manusia). Aliran tenaga yang terhasil daripada tubuh ini dipengaruhi oleh persekitaran. |
high energy flow | aliran tenaga tinggi | Sains Sukan | Biomekanik | Tenaga yang dijana oleh daya-daya fizikal seperti graviti, geseran dan rintangan udara dalam persekitaran (berdasarkan pendekatan ekologi kawalan pergerakan manusia). Aliran tenaga yang terhasil daripada persekitaran ini boleh mempengaruhi kemahiran dan bentuk pergerakan. |
energy flow | aliran tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pemindahan tenaga daripada satu organisma kepada organisma lain yang wujud dalam ekosistem melalui rantaian makanan. Contohnya, pengaliran tenaga daripada matahari kepada plankton, kemudian kepada hidupan akuatik dan seterusnya kepada manusia dalam rantaian makanan. |
seismic wave | gelombang seismos | Sains Marin | Tiada | Gelombang tenaga yang bergerak melalui lapisan bumi yang terhasil daripada gempa bumi, letusan gunung berapi, pergerakan magma, tanah longsor yang besar dan juga letupan yang dilakukan oleh manusia yang memberikan tenaga bunyi pada frekuensi rendah. |
artificial photosynthesis | fotosintesis buatan | Fizik | Nanoteknologi | Proses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod. |
existentialism | eksistensialisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan �separuh sedar� tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia �mengheret dirinya keluar daripada lumpur�. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang. |