Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.te.ram] | تنترم

Definisi : 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati yg tidak ~; menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; ketenteraman 1. perihal tenteram, ke­aman­an, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamat­an dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), kere­daan; penenteraman perihal menenteramkan;penenteram orang (atau bahan) yg menen­teramkan sesuatu: ubat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.te.ram] | تنترم

Definisi : 1 tidak ada kekacauan atau rusuhan yg berlaku (ttg keadaan dlm negeri dll); aman; sentosa: Keadaan dlm negeri itu sangat ~. 2 ki tidak berasa gelisah atau tidak berasa runsing; tenang: Hatinya tidak ~. menenteramkan 1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya. ketenteraman 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Pre­siden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. penenteraman perbuatan atau hal menenteramkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenteram
Rujuk :tenang

Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
restlessgelisahKejururawatanTiadaRasa resah dan tidak tenteram yang dialami seseorang.
idyllidilKesusasteraanTiadaKarya sastera yang memerikan suasana latar dan kehidupan desa yang unggul, tenteram dan tidak kompleks. Karya sastera ini biasanya dalam bentuk prosa dan puisi. Contoh idil ditemui dalam karya the Passionate Shepherd to his Love oleh Marlowe, dan The Solitary Reaper oleh Wordsworth. Lihat juga pastoral.
pastoralpastoralKesusasteraanPuisiPuisi yang menonjolkan citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang aman dan tenteram. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" dalam antologi Bunga Gerimis karya Darma Mohamad. Rumah kecil menganugerahkan damai terasa basah dan sejuknya udara berkisar antara gunung dan bukit negara menjadi tunjang kenikmatan dan sejahtera
pastoral poetrypuisi desaanKesusasteraanPuisiPuisi yang menonjolkan citra-citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang diselubungi dengan suasana yang aman tenteram. Alamnya masih bersifat semula jadi kerana belum dicemari. Contohnya, puisi ''Kasih Petani Buta" karya Kemala.

Kembali ke atas