Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nu.su] | تنوسو

Definisi : 1. tempat menyimpan susu dan mem­buat mentega (keju); 2. perusahaan menyim­pan susu dan membuat mentega; lembu ~ lembu yg diternak utk susunya; pentenusu pekerja tenusu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nu.su] | تنوسو

Definisi : 1 bangunan tempat menyimpan susu dan tempat membuat bahan makanan drpd susu. 2 perusahaan menyimpan susu dan membuat bahan makanan drpd susu. 3 ladang tempat berternak binatang utk mendapatkan susu. pentenusu orang atau pekerja yg menjalankan perusahaan tenusu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenusu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dairy productshasil tenusuSains KesihatanTiadaMakanan dan minuman yang diperbuat dari susu.
dairy farmladang tenusuPenilaian Harta TanahTiadaTiada
dairy farmladang tenusuPenilaian Harta TanahTiadaTiada
calf startermakanan pemula pedetVeterinarTiadaMakanan berkualiti dengan kandungan protein dan tenaga yang tinggi dan diberi kepada anak lembu tenusu setelah disapih daripada ibunya. Biasanya, anak lembu akan disapih apabila berumur antara 6-8 minggu sebelum diberi makanan permulaan. Kandungan protein dalam makanan ini biasanya melebihi 18% manakala kandungan tenaga ialah sebanyak 13.0 MJ/kg. Makanan ini juga mengandungi bahan-bahan yang mudah dicerna dan mempunyai rasa yang enak seperti jagung, oat, molases, mineral serta vitamin. Makanan ini kerap ditambah dengan bahan aditif seperti koksidiostat untuk mengelakkan jangkitan penyakit cirit-birit atau diarea yang disebabkan oleh koksidia.
weaningpenyapihanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses menghentikan pemberian susu kepada anak haiwan. Penyapihan dilakukan pada ternakan dalam tempoh yang berbeza. Sebagai contoh, lazimnya anak lembu tenusu dihentikan pemberian susu apabila berumur dua bulan. Anak lembu pedaging pula dihentikan pemberian susu dengan kaedah pengasingan daripada ibu.
production peakpuncak pengeluaranVeterinarTiadaJangka masa pengeluaran tertinggi dalam tempoh keseluruhan pengeluaran telur atau susu yang dihasilkan oleh ternakan. Pada ternakan seperti ayam penelur, puncak pengeluaran telur biasanya berlaku pada umur 28 hingga 33 minggu dengan penghasilan melebihi 78%. Bagi haiwan tenusu, tempoh ini berlaku pada bulan kedua selepas melahirkan anak.
corynebacteriumkorinebakteriumMakanan dan PemakananTiadaBakteria rod daripada Genus Actinomycetes bersifat Gram positif, tidak berspora dan psikotropik. Beberapa spesies bakteria ini seperti C. bovis dan C. diphthetriae merupakan patogen kepada manusia dan haiwan. Bakteria rod terdapat dalam susu mentah, alat pemprosesan susu dan hasil tenusu.

Kembali ke atas