Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téo.ri] | تيوري

Definisi : (téori) 1. pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu per-kara dll: banyak ~ dikemukakan menge­nai kehidupan pd masa prasejarah; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: ~ ekonomi; 3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yg biasanya berlaku): pd ~nya raja yg memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya; ~ atom (Fiz) teori yg menganggap bahawa semua jirim terbina drpd atom; ~ domino teori sains politik yg beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan ke­mung­kinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis; ~ ion (Kim) teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis; berteori membentuk atau mengemukakan teori: sekarang ini terlalu ramai yg suka ~ dan bercakap; berteorikan berdasarkan sesuatu sbg teori; menteori membentuk suatu teori: Fish gagal ~ konvensi pembacaannya; penteorian proses menghasilkan sesuatu teori. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téo.ri] | تيوري

Definisi : /téori/ 1 andaian yg dpt dihuraikan utk menerangkan sesuatu perkara: ~ linguistik; ~ ekonomi. 2 prinsip yg terbukti kebenarannya dan dijadikan sbg dasar perkembangan sesuatu ilmu: ~ graviti; ~ kinetik. ~ atom ist teori yg menyatakan bahawa semua jirim terbentuk drpd atom dan semua atom dlm sesuatu unsur adalah serupa. ~ ion ist teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami perceraian elektrolisis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teori (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peraturan, hukum, andaian, pendapat, prinsip, hipotesis, idea, sintesis.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikPolitik PerbandinganTeori dalam bidang ilmu sains sosial yang dihasilkan tanpa kajian yang saintifik. Teori ini dihasilkan melalui pengamatan pemikiran dan imaginasi idealisme seseorang tokoh terhadap sesuatu fenomena yang diperhatikannya. Teori ini digarap tanpa kajian empirikal lapangan dan hanya berasaskan penaakulan dan logik akal peribadi. Contohnya teori Plato berhubung dengan persoalan pemerintahan, menyatakan bahawa golongan cendekiawan sahaja layak memegang dan mengetuai urusan pemerintahan negara. Premis tersebut dihasilkan tanpa proses penaakulan ilmiah yang saintifik, tanpa hipotesis khusus yang diuji, tidak ada pertimbangan deduksi dan metodologi yang teratur. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan lain-lain yang sezaman dengannya, lazim dikategorikan sebagai teori kerusi empuk. Teori-teori sains sosial yang lahir selepas kemunculan aliran pemikiran positivisme barulah dikategorikan sebagai teori sains sosial yang bersifat saintifik.
reader response theoryteori respons pembacaKesusasteraanTiadaTeori moden yang memberikan fokus kepada respons pembaca berbanding teks. Tidak seperti teori Formalisme dan Kritikan Baru, teori respons pembaca menolak dakwaan bahawa pembaca memainkan peranan pasif dalam penghayatan karya. Teori respons pembaca diajukan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Di Amerika, teori ini dikembangkan oleh tokoh seperti Stanley fish dan Harold Bloom. Di Eropah, teori ini dikenali sebagai teori resepsi dan diketengahkan oleh beberapa tokoh seperti Wolfgang Iser, Hans Robert Jauss, Michael Riffaterre, dan David Bleich. Lihat juga komuniti interpretif, ufuk harapan.
assumptionandaianEkonomiTiadaPernyataan yang dianggap benar dan dijadikan asas pembinaan teori. Misalnya, pembinaan teori pasaran berasaskan andaian bahawa pengguna dan pengeluar berkelakuan rasional. Pengguna diandaikan memaksimumkan utiliti, manakala pengeluar diandaikan memaksimumkan keuntungan. Kese- luruhan teori ekonomi teori ekonomi menggunakan andaian ceteris paribus, iaitu hal-hal lain tidak berubah.
pragmatic theory of artteori pragmatik seniKesusasteraanTiadaTeori yang mengutamakan fungsi praktikal dan sosial sastera melebihi fungsi estetiknya. Teori ini dicetuskan daripada aliran naturalisme dan realisme yang mementingkan reformasi sosial dalam penulisan sastera. Teori pragmatik seni bercanggah dengan teori objektif sastera yang diperkenalkan oleh M.H. Abrams. Teori ini menganggap puisi bversifat autonomi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana elemen luaran seperti sejarah dan sosial. Lihat juga naturalisme, realisme.
action theoryteori tindakanSains PolitikPolitik PerbandinganTeori yang menganalisis tingkah laku atau tindakan seseorang aktor politik. Teori ini bermula dengan menganalisis matlamat, harapan, nilai dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut dan juga tahap pengetahuan aktor terhadap situasi tindakan yang telah diambil. Teori ini telah diperkenalkan oleh Max Weber dan kemudiannya dikembangkan oleh Talcott Parsons dalam kajian beliau berhubung dengan pencapaian sesebuah organisasi.
critical theoryteori kritikalSains PolitikPolitik PerbandinganRangkaian teori yang menyediakan alat analisis dan asas etika yang perlu untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang terselindung dalam masyarakat. Teori ini memberikan penjelasan konseptual yang mengambil kira pelbagai dimensi politik, ekonomi dan sosial dalam memberikan penjelasan dan penghuraian sesuatu fenomena sosial. Teori kritikal cuba mendedahkan masyarakat kepada fakta yang wujud dan mesti difahami oleh masyarakat berhubung dengan alam sosialnya. Teori ini mempunyai perkaitan idea dengan pemikiran Karl Marx, tetapi kemudiannya telah diubah suai oleh kelompok pemikir dari Sekolah Pemikiran Frankfurt, Jerman pada tahun 1923. Antara tokoh pemikir terulung aliran ini ialah Max Horkheimer (1895- 1973) dan Jurgen Habermas.
teori konseptual kata kunciteori konseptual kata kunciKesusasteraanTiadaTeori sastera tempatan yang menganalisis makna teks melalui penggunaan kata-kata dalam karya berdasarkan prinsip kepengaruhan, pemilihan diksi dan kesan penggunaannya terhadap khalayak.
fraud triangle theoryteori penipuan segi tigaKriminologiKeadilan JenayahTeori yang dikembangkan oleh Donald Cressey yang menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan penipuan dan tingkah laku yang tidak beretika yang lain. Tiga elemen dalam teori ini ialah tekanan, peluang dan rasionalisasi. Teori ini sering digunakan dalam menjelaskan jenayah kolar putih.
theoretical plateteori platKimiaKimia AnalisisTeori yang menerangkan tentang kecekapan turus untuk memisahkan campuran bahan-bahan. Teori ini menganggap turus ini terdiri daripada satu siri plat berasingan yang kuantiti zat terlarutnya dalam fasa gerak dengan fasa pegun berada dalam keadaan keseimbangan.
density functional theoryteori fungsi ketumpatanFizikNanoteknologiSatu teori yang digunakan untuk mengkaji struktur elektronik pada sistem banyak jasad, terutama sistem molekul dan fasa terkondensasi. Teori ini adalah untuk menggantikan fungsi gelombang elektron banyak jasad dengan ketumpatan elektron sebagai kuantiti asas. Fungsi gelombang banyak jasad bersandar pada pemboleh ubah 3N, iaitu 3 pemboleh ubah ruang bagi setiap jasad N, sedangkan fungsi ketumpatan hanya bersandar pada tiga pemboleh ubah ruang ketumpatan dan lebih mudah dikendalikan.
12345678910...

Kembali ke atas