betel leaf holder | tepak sirih | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Simbol pembuka kata atau pencuci mulut selepas makan. Tepak sirih digunakan dalam adat perkahwinan semasa upacara peminangan dan pernikahan, serta istiadat menerima tamu. Sesuai dengan fungsinya untuk mengisi daun siri, bahagian tepak dibentuk dengan ruang petak tertentu yang mengandungi beberapa bekas seperti bekas sirih, bekas pinang, bekas kapur, bekas gambir, bekas tembakau, bekas bunga dan sebagainya. Tepak sirih juga digunakan dalam adat istiadat perkahwinan diraja dan diperbuat daripada bahan perak. |
candle stand fold | lipatan tepak lilin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lipatan napkin berbentuk lilin yang diletakkan ke dalam bekas. |
kelarai celepa(Br.) | kelarai celepa(Br.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur benda seperti celepa atau tepak berbentuk segi empat bujur, lazimnya terdapat pada seraung. Sinapala |
sinalapa(Du., Kdz.) | sinalapa(Du., Kdz.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur benda seperti celepa atau tepak berbentuk segi empat bujur, lazimnya terdapat pada seraung. |
pola pemidang | pola pemidang | Kesenian | Tiada | Ukiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. pola bingkai |
pola bingkai | pola bingkai | Kesenian | Tiada | Ukiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. |