Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pian] | تڤين

Definisi : tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpul­kannya utk dibawanya ke ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pian] | تڤين

Definisi : tempat mandi di tepi sungai; tempat yg di tepi sesuatu (sungai, laut dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepian

Puisi
 

Berempat tegak di tepian,
     Cukup berlima maka mandi;
Usah mengumpat di bahagian,
     Suratan sudah dimenterai.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Bermaksud :

Sangat luas dan banyak pengetahuan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parallel edgetepian selariKesenianHiasan DalamanAlat mendraf seperti Mayline atau Paradraft yang dipasang dengan dawai tebal di atas papan lukisan teknikal. Tepian selari boleh digerakkan ke atas dan ke bawah dalam keadaan selari tanpa menggunakan tekanan tangan ke atas sesiku-T. Alat ini menjadi pilihan pelukis pelan berbanding sesiku-T. Jenis tepian selari yang dibeli secara berasingan dan kemudiannya dipasang ke atas papan lukisan teknikal adalah lebih lembut dan licin berbanding jenis yang sudah siap dipasang.
waterfronttepian airSosiologiTiadaKawasan di sepanjang tepian badan air (seperti sungai atau tasik) yang direka bentuk khas.
waterfronttepian airPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan di sepanjang tepian badan air (seperti sungai atau tasik) yang direka bentuk khas.
waterfronttepian airSains MarinTiadaKawasan khas yang dibina di pesisir pantai, sungai dan laut untuk bersiar-siar bagi pelancong atau untuk tujuan riadah sambil menikmati pemandangan khususnya di tepi laut, tasik dan kawasan perkelahan.
greenwaystepian hijauPenilaian Harta TanahTiadaTiada
image enhancementperincian imejTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikProses untuk meningkatkan kualiti visual sesuatu radiograf bagi membantu kebolehupayaan paparan dan tafsiran. Proses ini dilaksanakan untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih tepat. Proses ini akan menyerlahkan ciri-ciri unik imej tersebut seperti garis tepian, garis sempadan, dan kontras.

Kembali ke atas