therapeutic | terapeutik | Herba | Pemiawaian | Sesuatu tindakan yang berkaitan dengan cara merawat atau mengubati penyakit. Contoh ekstrak herba yang bersifat terapeutik ialah ekstrak akueus daun hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang dapat merawat demam panas. |
pharmacological or therapeutic classification | pengelasan farmakologi atau terapeutik | Herba | Tiada | Pengelasan herba menurut tindakan farmakologi yang disebabkan oleh kandungan bahan aktif utama atau kegunaan terapeutiknya. Pendekatan pengelasan ini semakin popular. Walau bagaimanapun, kandungan pelbagai bahan aktif yang terdapat dalam herba yang sama boleh mempunyai tindakan farmakologi atau kegunaan terapeutik lain. |
herbal classification | pengelasan herba | Herba | Tiada | Sistem pembahagian herba kepada kumpulan mengikut urutan abjad, taksonomi, morfologi, farmakologi atau terapeutik dan kimia atau biogenetik. Pembahagian mengikut abjad terdapat dalam dokumen farmakopeia, pembahagian mengikut taksonomi terdapat dalam buku farmakognosi, pembahagian morfologi terdapat dalam buku botani, pembahagian farmakologi atau terapeutik terdapat dalam buku perubatan herba dan pembahagian kimia atau biogenetik terdapat dalam buku fitokimia. |
therapeutic | terapeutik | Kejururawatan | Tiada | Sesuatu tindakan yang berkaitan dengan cara merawat atau mengubati penyakit. |
therapeutic outcome | hasil terapeutik | Sains Kesihatan | Tiada | Hasil yang diperoleh daripada perawatan pesakit. |
therapeutic window | jendela terapeutik | Sains Kesihatan | Tiada | Julat keselamatan dan keberkesanan ubat dalam badan. |
therapeutics diet | diet terapeutik | Sains Kesihatan | Tiada | Diet yang diubahsuai untuk keadaan penyakit tertentu. |
prescribed therapeutic regimens | regimen terapeutik bertulis | Kejururawatan | Tiada | Pengekalan kesihatan yang memerlukan kepatuhan terhadap peraturan yang diarahkan oleh pegawai perubatan, contohnya pemakanan, ubat, atau senaman. |
therapeutic drug monitoring | pemantauan dadah terapeutik | Sains Kesihatan | Tiada | Penilaian aras adalah dalam badan secara berterusan. |
non compliance | tak patuh | Kejururawatan | Tiada | Mengingkari nasihat terapeutik, seperti tidak patuh pada jadual pengambilan ubat. |