feeling type tourist | pelancong mudah terasa | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang mempunyai perasaan sensitif terhadap suasana tempat yang dilawati, seperti gembira, sedih atau terharu. |
meiosis | meiosis | Kesusasteraan | Tiada | Majas yang sama maksudnya dengan bahasa merendah, iaitu gambaran yang diberikan tentang sesuatu, terasa lebih kecil atau kurang penting daripada keadaan sebenarnya yang berlaku. |
prolixity | bahasa berjela | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan kata-kata yang berlebihan atau tidak perlu, sehingga persoalan yang hendak disampaikan terasa sengaja dipanjangkan, sedangkan persoalan itu dapat dijelaskan dengan bahasa yang padat dan mudah difahami. |
hackneyed | klise | Kesusasteraan | Puisi | Pengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. . |
gastritis | gastritis | Kejururawatan | Tiada | Keadaan inflamasi pada lapisan gaster. Ia mungkin disebabkan oleh kerengsaan setempat, pemakanan, serangan bakteria, radiasi dan tekanan emosi. Ciri klinikalnya ialah sakit di epigastrium, loya dan muntah, dan terasa kenyang. |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menonjolkan citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang aman dan tenteram. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" dalam antologi Bunga Gerimis karya Darma Mohamad. Rumah kecil menganugerahkan damai terasa basah dan sejuknya udara berkisar antara gunung dan bukit negara menjadi tunjang kenikmatan dan sejahtera |
doctrinal poetry | puisi doktrin | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi sesuatu prinsip ataupun kepercayaan (ideologi) yang dianggap benar dan dapat diterima oleh sesuatu kelompok. Puisi ini menceritakan tentang kehidupan buruh yang mempertahankan nasibnya. Contohnya, puisi 'Buruh" karya Usman Awang. Kembali terasa duri untuk mula bertindak, Kesegaran merayap mencari darah dan bergerak; Memberikan segala yang ada dengan rela, Berdiri dengan berani dalam paduan tenaga raksasa. |
partial rhyme | rima tak sempurna | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terbentuk tak sempurna di hnjung setiap baris sama ada dalam setiap rangkap ataupun keseluruhan sebuah puisi. Contohnya, pada rangkap empat puisi "Dua Penghijrahan" karya A.S. Amin di bawah. manusia mati dan hidup terasa panas seluruh daun maut berjalan lurus |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |
cinquain | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris dalam sesuatu rangkap. Contohnya, pada puisi "Sebuah Bas Berwarna Biru" dalam Kembara Ma!am karya LatiffMohidin. Puisi ini terdiri daripada empat rangkap, jumlah baris setiap rangkapnya sama seperti di bawah. Sebuah bas berwarna biru tanpa nombor dan pemandu merangkap antara kenderaan-kenderaan penuh darah kalau ia berhenti di depanku kan kubeli sebuah tiket berwarna biru tanpa humor dan lagu saudara waktunya telah tiba untuk aku melangkah kaki tiket yang kubeli terasa panas di tangan bas berwarna biru telah membuka pintu waktunya telah tiba untuk aku mengenal derita |