Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbaharu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
updating surveykajian terbaharuKejuruteraanTiadaTiada
dernier crifesyen mutakhirKesenianTiadaFesyen pakaian yang terbaharu.
market priceharga pasaranPentadbiranTiadaHarga semasa atau harga yang terbaharu bagi sesuatu keluaran atau perkhidmatan.
fundamental analysis (share)analisis fundamental (syer)Pentadbiran PerniagaanTiadaAnalisis sekuriti atau syarikat untuk menentukan nilai intrinsik sekuriti terbaharu berasaskan faktor-faktor dalaman dan ekonomi seperti perolehan, pengurusan, aset, jualan dan sebagainya.
futurismfuturismeKesenianSeni BinaGerakan seni yang bermula di Itali pada awal abad ke-20 yang membawa ciri-ciri rekaan yang bersifat futuristik atau berasaskan masa hadapan. Gerakan ini menitikberatkan tema berkaitan dengan konsep kotemporari masa hadapan seperti ciri kelajuan, teknologi, serta bentuk-bentuk objek terbaharu dan terkini. Pendekatan ini dipraktiskan dalam pelbagai media seni termasuk seni grafik, seni bandar, seni bina, seni hiasan dalaman, lukisan dan muzik.
agrobiodiversityagrobiodiversitiPertanianAgroteknologiKepelbagaian spesies yang wujud dalam sistem pertanian yang telah terhasil daripada pemilihan dan pembiakbakaan tanaman dan ternakan. Para pengusaha pertanian sejak dahulu lagi sentiasa memilih baka yang baik, seperti yang berhasil tinggi dan memberi kualiti hasil yang diingini. Usaha ini dipercepat dengan pembentukan varieti baharu tanaman dan ternakan yang diusahakan oleh pakar pembiakbakaan dengan menggunakan teknologi terbaharu seperti kejuruteraan genetik. Hasil daripada usaha demikian, maka kepelbagaian varieti dan spesies tanaman dan ternakan meningkat dan menambahkan agrobiodiversiti.
clinical trialujian klinikalFarmasiFarmakologiEksperimen yang dijalankan dengan teliti terhadap selrumpulan individu terpilih yang bertujuan Wltuk menilai keberkesanan, keselamatan dan kesan sampingan sesuatu rawatan, alatan diagnostik atau intervensi profilaktik. Ujian klinikal juga digunakan untuk menilai perbezaan keberkesanan dua atau lebih terapi terhadap manusia. lndividu yang dipilih menjalani sesuatu ujian klinikal perlu memberi persetujuan secara bertulis sebelum ujian dijalankan. Kesemua jenis drug terbaharu yang dihasilkan juga perlu menjalani ujian klinikal sebelum diluluskan untuk dipasarkan. Terdapat empat fasa dalam ujian klinikal. Fasa I, menilai keselamatan dan fannakokinetik drug. Fasa II, menilai dos yang sesuai. Fasa III, menilai efikasi dan fasa rv, menilai kesan sampingan yang tidak terduga.
market developmentpembangunan pasaranPengurusanPerancanganPendekatan strategik yang digunakan oleh organisasi dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan sedia ada ke suatu lokasi pasaran yang baharu. Tujuan utama pendekatan strategik ini dilakukan adalah untuk memperluas liputan pasaran bagi produk atau perkhidmatan yang telah dibangunkan. Contohnya, Hospital XY Sdn. Bhd., sebuah syarikat penjagaan kesihatan swasta yang membuka satu cawangan hospital baharu di Klang, Selangor. Hospital baharu tersebut yang dikenali sebagai Hospital XY Klang merupakan cawangan terbaharu di seluruh Malaysia.
product developmentpembangunan produkPengurusanPerancanganStrategi untuk meningkatkan jualan melalui usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu di pasaran. Pendekatan pembangunan produk dan perkhidmatan juga boleh dilakukan dengan memperelok dan menambah ciri-ciri pada produk atau perkhidmatan sedia ada. Tujuan pembangunan produk adalah untuk memenuhi perubahan kehendak pelanggan dan pasaran dengan melakukan langkah-langkah penyelidikan dan pembangunan (R&D). Contohnya, sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit mengeluarkan model terbaharu yang merupakan penambahbaikan dari model terdahulu untuk keperluan pasaran tertentu.
water use efficiencykecekapan penggunaan airPertanianAgroteknologi1. Jumlah bahan kering atau bahagian tuaian tanaman yang dihasilkan per unit air yang digunakan. Contohnya, untuk menghasilkan sejumlah hasil tanaman, maka sejumlah air tertentu diperlukan bagi tumbesaran tanaman tersebut. 2. Nisbah kadar fotosintesis berbanding kadar transpirasi tumbuhan. Ia merupakan kuantiti karbon dioksida yang diikat dengan kuantiti air yang hilang dalam proses tersebut. Kecekapan penggunaan air penting pada masa kini dengan perubahan iklim yang sedang berlaku, yang boleh menyebabkan kekurangan sumber air untuk tanaman. Oleh itu, beberapa kaedah penghasilan tanaman yang terbaharu telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air ini. Contohnya, untuk mengurangkan penggunaan air dalam tanaman padi, varieti padi yang tinggi kecekapan penggunaan air yang dikenali sebagai padi aerobik, telah diperkenalkan. Singkatan WUE.
12

Kembali ke atas