Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alkyl groupkumpulan alkilBiologiGenetikRadikal univalen yang pada amnya mempunyai formula CnH2n+1. Radikal ini terbit daripada hidrokarbon alifatik dengan penyingkiran satu atom hidrogen.
deriveterbitKejuruteraanTiada1. Mendapatkan sebatian, zat, struktur atau teori daripada suatu sebatian, zat, struktur atau teori yang lain, sama ada secara terus atau secara tak terus.,2. Mendapatkan atau membangunkan sesuatu daripada bentuknya yang lain, misalnya menerbitkan tenaga elektrik daripada haba.
emergentmunculPerubatanTiada1. Berkaitan dengan kemalangan atau kecemasan.,2. Terbit, timbul atau muncul selepas melalui beberapa tahap perkembangan yang berurutan.
ferriteferitKimiaTiada1. Nama yang digunakan untuk beberapa jenis bijih besi. 2. Garam asid ferus, yang terbit daripada ferik oksida, Fe2O3. 3. Alfa-besi tulen, atau larutan pepejal yang pelarutnya ialah alfa-besi.
allogenealogenBioteknologiTiada1. Alel yang resesif. 2. Keadaan yang menyebabkan penghasilan alel resesif oleh faktor-faktor luar. 3. Terbit dari tempat lain tanpa pengaruh faktor luar.
epipharynxepifarinksBiologiHistologi dan Sitologi1. Cuaran di langit-langit rongga mulut serangga tertentu. lelangit. 2. Lapisan membran labrum dan klipeus yang terbit bersama labrum yang menjadi organ tusuk, seperti yang terdapat pada Diptera. 3. Plat berkitin pada lapisan bawah rostrum araknid tertentu.
windowtingkapFizikAtom dan Nuklear1. Bukaan bagi laluan zarah atau sinaran dalam reaktor nuklear. 2. Julat tenaga kelutsinaran tinggi pada keratan rentas neutron keseluruhan bagi bahan. Tingkap tersebut terbit daripada gangguan antara keupayaan dan penyerakan resonans pada unsur yang mempunyai atom berat pertengahan dan penting dalam perisaian neutron.
phytochemistry classkelas fitokimiaHerbaFitokimiaPengumpulan sebatian kimia yang terbit daripada tumbuh-tumbuhan berasaskan struktur kimianya. Contohnya, alkaloid-akridon bermaksud kumpulan alkaloid yang mempunyai struktur akridon sebagai struktur asasnya seperti dihidroksi rutakridon dan 1,3-dihidroksi-N-metilakridon.
messenger RNA (mRNA)RNA pengutusBioteknologiTiadaRNA yang memindahkan maklumat pengekod daripada nukleus kepada ribosom semasa sintesis protein. mRNA mengandungi antara 1 hingga 10 000 pasangan bes dan terbentuk daripada templat DNA, melalui transkripsi. Pada prokariot, mRNA ialah salinan terus templat DNA, manakala pada eukariot mRNA merupakan hasil transkripsi awal yang mengandungi bahagian lebihan yang terbit daripada bahagian DNA yang dikenal sebagai intron.

Kembali ke atas