Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bi.tan] | تربيتن

Definisi : 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bi.tan] | تربيتن

Definisi : sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carotenoidkarotenoidHerbaPemiawaianPigmen larut lemak yang berwarna merah, kuning dan jingga yang terdapat dalam tumbuhan herba, dan terdiri daripada pelbagai jenis karotena dan terbitan-terbitan teroksida, seperti xantofil. Contohnya, sebatian yang terdapat dalam akar mengkudu dan buah mengkudu (Morinda citrifolia).
festschriftterbitan dedikasiKesusasteraanTiadaKumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh dalam sastera Arab ialah Ila Taha Husayn Fi �Ida Miladih al-Sab�in disunting oleh �Abd al-Rahman Badawi, al-Kitab al-Tidhkari Muhyi al-Din fi al-Dhikra al-Mi�awiyah disunting oleh Ibrahim Bayyumi Madkur, Durakht-i Ma�rifat: Jashn-nama-yi Ustad Duktur �Abd al-Husayn Zarrinkub disunting oleh �Ali Asghar Muhammad Khani, Yad-nama-yi Jalal al-i Ahmad disunting oleh �Ali Dahbashi dan Fuad Koprulu Armagani disunting oleh Osman Turan. Terbitan dedikasi berasal daripada perkataan Jerman festschrift yang bermaksud �tulisan perayaan�. Lihat juga sumbangsih tizkari.
self-publishingterbitan kendiri-TiadaTindakan pengarang mengurusterbitkan karyanya sendiri tanpa melibatkan penerbit luar.
natural derived pesticidepestisid terbitan semula jadiPertanian OrganikTanaman Makanan-
natural derived substancebahan terbitan semula jadiPertanian OrganikTanaman Makanan-
spin-offkeluaran sampingan; terbitan turunanPenerbitanTiadaPenghasilan sesebuah buku, filem atau siri televisyen baharu yang datang selepas kejayaan sesebuah buku, filem atau siri televisyen.
capital issues committeejawatankuasa terbitan modalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
editionedisi-TiadaBahan terbitan yang telah dikemas kini kandungannya.
quassinoidkuasinoidHerbaPemiawaianKumpulan terbitan sebatian triterpena yang terubah suai dengan kehilangan sepuluh karbon daripada rantai sisinya termasuk kumpulan metil pada C-4. Sebatian ini mempunyai sifat antimalaria, antiameba dan toksik terhadap sel. Contohnya, eurikomalakton daripada ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia).
coumarinkumarinHerbaPemiawaianSebatian terbitan benzo-?-piron yang sering terdapat dalam tumbuhan dan boleh wujud dalam bentuk bebas atau glikosida. Sebatian ini bersifat toksik dan berwarna putih serta berbau seperti rumput dipotong. Kumarin digunakan untuk membuat pewangi dan sabun. Sebatian ini mempunyai kesan antiradang dan antihiperglisemia. Nama lain bagi kumarin ialah 1,2-benzopiron. Contohnya, skopoletin. Banding furanokumarin.
1234567

Kembali ke atas