Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.rés] | تيريس

Definisi : (térés) 1. kawasan tanah datar yg ketinggian dan bertingkat-tingkat (biasanya ditumbuhi rumput, utk bercucuk tanam, dll), tebing atau pantai yg ketinggian (di sepanjang pantai, sungai); 2. tanah dll yg ditinggikan di depan rumah; meneres membuat teres: hanya empat belas peratus sahaja negeri Jepun yg boleh di­tanam, termasuklah tepi bukit yg diteres. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.rés] | تيريس

Definisi : /térés/ 1 kawasan tanah yg ber­tingkat-tingkat (biasanya utk bercucuk tanam dll). 2 tebing atau pantai yg agak tinggi di sepanjang pantai, sungai dll. meneres membuat teres: Kerja-kerja ~ di kawasan itu belum selesai lagi. menereskan membuat sesuatu menjadi teres: Lereng-lereng bukit itu ditereskan utk mencegah hakisan tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teres


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hill padipadi bukitGeografiTiadaPadi yang ditanam di atas teres - teres di cerun bukit.
teresteresPerubatanTiadaTiada
ligamentum teresligamentum teresVeterinarTiadaTiada
wave-cut terraceteres potongan ombak , teres hakisan ombakGeologiTiadaPermukaan bercerun landai yang terhasil oleh hakisan ombak dan menganjur ke dalam laut dari dasar cenuram potongan ombak.
wave-built terraceteres binaan ombak , teres binaan gelombangGeologiTiadaTiada
bench terraceteres bangkuPertanianAgronomi

Kawasan datar di lereng bukit yang dibina dengan memotong tanah pada lereng bukit mengikut kontur tanah dan diratakan. Tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam dalam barisan pada teres tersebut. Tujuan membina teres bangku adalah untuk menyekat saliran air yang boleh mengakibatkan hakisan tanah. Teres ini juga memudahkan kerja-kerja menyelenggara tanaman dengan adanya laluan datar.

bench terraceteres undakPertanianTiadaTeres yang mempunyai dataran yang lebar, bergred rendah dan kecerunan di antara teres adalah curam, boleh memudahkan pengairan di tanah curam, memulihara air dan mengurangkan hakisan oleh hujan yang lebat.
graded channel terraceteres alur gredPertanianTiadaTeres yang mengandungi alur bergred rendah supaya air dari atas mengalir mengikut alur teres sebelum disalirkan ke bawah melalui satu outlet.
alluvial terraceteres aluviumPertanianAgroteknologiDataran yang terbentuk daripada bahan yang dilimpahkan dari sungai yang mengalir di bawahnya. Teres aluvium biasanya tinggi kesuburannya kerana sentiasa mengalami pengubahsuaian daripada mendakan yang baru. Teres aluvium boleh digunakan untuk penanaman tanaman jangka pendek seperti jagung, pisang, kacang tanah dan keledek.
teres vesicae ligamentligamen teres vesikaeVeterinarTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas