Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gan.tung] | ترݢنتوڠ

Definisi : 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gan.tung] | ترݢنتوڠ

Definisi : 1 sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2 diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergantung

Puisi
 

Keritih tiram tergantung,
     Limau manis banyak bijinya;
Pilih-pilih muda sekampung,
     Hitam manis baik budinya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat,
     akan ditingkat batangnya licin.

Bermaksud :

Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hanging mercury drop electrodeelektrod titisan raksa tergantungKimiaKimia AnalisisSejenis elektrod raksa yang titisan raksanya tergantung pada tiub rerambut kaca. Elektrod ini sering digunakan dalam analisis logam surih melalui teknik voltammetri pelucutan anod. bd. elektrod titian raksa.
dead heatkeputusan tergantungSukanLumba BasikalKeadaan apabila pengadil gagal menentukan tempat pertama dan kedua antara dua (2) pelumba di garisan penamat.
chandeliercandelierKesenianHiasan DalamanLampu hiasan yang tergantung di siling, yang terdiri daripada lampu yang berangkai. Candelier terawal menggunakan lilin dan diletakkan di ruang persidangan pada zaman pertengahan. Candelier ini diperbuat daripada kayu bersilang dan berpancang bagi melekatkan lilin dan digantung menggunakan tali atau rantai. Pada abad ke-15, bentuk candelier yang lebih kompleks telah digunakan di istana, rumah orang bangsawan, rumah paderi dan rumah saudagar.
dust ruffleropol habukKesenianHiasan DalamanKepingan fabrik atau kambi yang tergantung di hadapan kaki katil sehingga ke lantai untuk menghalang habuk. Ropol habuk juga boleh dijadikan sebagai salah satu daripada unsur hiasan bilik tidur.
ski liftlif skiKejuruteraanTiadaMesin yang terdiri daripada tempat duduk yang tergantung pada wayar bergerak untuk mengangkut pemain ski ke puncak lereng sebelum melakukan permainan luncur salji.
Dutch colonial stylegaya kolonial BelandaKesenianHiasan DalamanGaya perabot yang boleh dikenal pasti melalui unsur papan cantik yang tergantung dan berbentuk atap gambrel. Gaya ini terkenal pada abad ke-17, di kawasan penempatan Belanda di Amerika Utara.
fringepita rumbaiKesenianHiasan DalamanBingkai hiasan daripada benang kasar yang digunakan untuk menjahit baju atau tali pintal yang tergantung bagi menutup bahagian bawah perabot. Contohnya, katil dan sofa.
drop ornamenthiasan titisKesenianHiasan DalamanPerhiasan berbentuk titisan air dan mempunyai ukiran pelbagai warna. Hiasan titis biasanya dipasang secara tergantung, berayun dan berpusing secara bebas. Contohnya, gantungan hiasan yang dipasang pada pokok cemara ketika perayaan krismas.
balconybalkoniKesenianHiasan DalamanRuang yang menganjur keluar dari permukaan dinding sesebuah bangunan. Lazimnya, ruang ini disokong oleh tiang, pendakap atau rasuk tergantung dan dikemaskan dengan kekisi. Balkoni direka bentuk menjadi sebahagian daripada unsur bangunan yang menyediakan ruang tambahan untuk kegunaan harian, seperti beristirahat atau tempat mengeringkan pakaian.
downlightlampu tumpu bawahKesenianHiasan DalamanLampu kecil yang terpancar terus ke bawah. Lampu ini dipasang ke dalam, di atas permukaan atau tergantung. Lampu tumpu bawah biasanya digunakan untuk mempertingkatkan kecerahan pada sesuatu ruang.
12

Kembali ke atas