Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.go.long] | ترݢولوڠ

Definisi : termasuk (dlm kumpulan dll): Tongkat Warrant ~ sbg penyajak beraliran realisme; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.go.long] | ترݢولوڠ

Definisi : termasuk dlm sesuatu kumpulan atau kelompok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergolong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paraliteratureparasasteraKesusasteraanTiadaPenulisan yang tidak tergolong dalam kanun sastera bagi sesebuah masyarakat. Parasastera termasuk dalam kategori karya popular seperti cerita kembara kanak-kanak, cerita detektif dan pengintipan, sains fiksyen, pornografi, cerita cinta, serta cerita drama televisyen dan radio.
citronlimau sitronHerbaFitoterapiLimau yang tergolong dalam spesies Citrus medica. Spesies ini mengandungi beberapa varieti yang agak berbeza seperti limau kapas, limau susu, limau jari buddha dan limau mata kerbau. Limau sitron mempunyai khasiat perubatan untuk sakit kepala, sakit berkaitan gangguan fikiran dan menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kosmetik.
octaveoktafKesusasteraanTiadaSajak yang mengandung rangkap lapan baris ayat atau kalimat dan tergolong ke dalam jenis stanza.
xanthophyllxantofilHerbaPemiawaianSejenis sebatian terbitan karotena beroksigen berwarna kuning dalam ekstrak herba yang tergolong dalam kumpulan pigmen karotenoid. Formula xantofil ialah C40H46O2. Sebatian ini juga dikenali sebagai karotinol atau lutein. Contohnya, lutein dalam ekstrak daun pegaga (Centella asiatica) dan beluntas (Pluchea indica).
propulsive firmsfirma pendorongPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaFirma yang terdapat di kutub pertumbuhan yang tergolong dalam industri utama yang menguasai unit- unit ekonomi yang lain.
xanthophyllxantofilHerbaTiadaFormula C40H46O2. Sejenis sebatian terbitan karotena beroksigen berwarna kuning dan larut dalam alkohol yang tergolong dalam kumpulan pigmen karotenoid. Xantofil dikenali juga sebagai karotinol atau lutein yang terdapat dalam beberapa jenis bunga, buah dan daun. Contohnya, lutein dalam minyak kelapa sawit.
misdemeanourkesalahan ringanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang dianggap salah atau tidak boleh diterima dalam masyarakat tetapi tidak tergolong sebagai kesalahan serius. Contohnya, perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah di tempat awam.
artificial bonetulang buatanFizikNanoteknologiBahan semula jadi atau sintetik yang dihasilkan untuk menggantikan fungsi tulang manusia yang asal. Kaedah pembuatan tulang buatan ini tergolong dalam nanoskil biostruktur.
berzanjiberzanjiKesusasteraanPuisiPuisi yang berbentuk bebas sama ada dalam aspek rima akhir, jumlah perkataan dalam baris mahupun jumlah baris dalam sesuatu rangkap atau untai. Puisi yang tergolong dalam kategori berzanji ini merupakan sejenis zikir yang intinya mengandungi unsur-unsur keagamaan, adat istiadat dan puji-pujian kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh dapat dilihat daripada petikan di bawah. Kumulakan karangan ini, dengan nama Tuhan Ilahi Kumohon limpahan berkat atas segala nikmat yang telah diberi Kuucapkan pujian kepada Allah sebenar-benar puji Kuiringkan pujian dengan kesyukuran yang amat tinggi.
insurable riskrisiko boleh insuransinsuransTiadaRisiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar.
123

Kembali ke atas