nonsense mutation | mutasi terhenti | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Sejenis mutasi titik, iaitu pertukaran satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain yang menyebabkan terhasilnya kodon penamat. Perubahan ini memberi kesan terhadap perubahan produk protein kepada yang tidak sempurna fungsinya. |
cardiac arrest | jantung terhenti | Kejururawatan | Tiada | Pengepaman jantung berhenti secara mengejut yang dicirikan oleh ketiadaan tekanan darah dan nadi. Ia berlaku akibat fibrilasi ventrikel dan asistole. |
apnea | apnea | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pernafasan yang terhenti buat sementara akibat kegagalan perangsangan oleh pusat pernafasan. |
sleep apnea | apnea tidur | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pernafasan yang terhenti untuk sementara waktu semasa tidur. |
life annuity | anuiti hayat | Ekonomi | Tiada | Anuiti yang dibayar kepada pewaris sepanjang masa hidupnya. Pembayaran tersebut akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia. |
celebral death | kematian serebrum | Kejururawatan | Tiada | Kehilangan fungsi otak yang tidak dapat dipulihkan yang dicirikan oleh nafas terhenti, tiada tindak balas terhadap rangsangan, kehilangan aktiviti otot dan gelombang elektro-ensefalogram mendatar bagi tempoh masa tertentu. |
fibrillation | fibrilasi | Kejururawatan | Tiada | Denyutan jantung yang cepat dan tidak beritma yang mengakibatkan otot jantung tidak dapat mengekalkan penguncupan yang segerak dan kemudiannya menyebabkan jantung terhenti. Keadaan ini boleh berlaku semasa penguncupan atrium atau ventrikel. |
employee insurance | insurans pekerja penting | insurans | Tiada | 1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan. |
point mutation | mutasi titik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penggantian satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain sama ada melalui proses pemasukan atau penyingkiran daripada jujukan DNA atau RNA. Mutasi titik yang berlaku pada kawasan pengekodan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu mutasi tanpa gejala, mutasi lain erti dan mutasi terhenti. Lihat juga mutasi senyap, mutasi lain erti dan mutasi terhenti. |
vapour lock | sekat wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan dalam sistem bahan api yang menyebabkan bahan api cecair bertukar menjadi wap dan menghasilkan buih. Keadaan ini menyebabkan penghantaran bahan api ke karburetor atau penyuntik bahan api terhalang atau terhenti sepenuhnya. Proses pemeluwapan ini berlaku akibat kenaikan suhu atau penurunan tekanan dalam talian bahan api. Lihat juga talian balikan wap. |