Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri.kat]/[ter.i.kat] | ترايکت

Definisi : 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ri.kat]/[ter.i.kat] | ترايکت

Definisi : 1 (telah) diikat; tertambat: Kedua-dua belah tangannya ~ ke belakang. 2 tidak bebas drpd sesuatu; tertakluk: Semua pelajar ~ pd peraturan sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Orang Kedah timbang neraca,
     Seperti dacing negeri Kelantan;
Kalau sudah nasib kaca,
     Terikat di cincin dikata intan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Terpaut bertali,
     tertambang berlantak.

Bermaksud :

Terikat oleh adat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
free versesajak bebasKesusasteraanPuisiPuisi yang tidak terikat kepada pola konvensi dari segi rima, baris dan bait. Bagi puisi Melayu, ia tidak terikat kepada konvensi pantun, syair dan gurindam.
uncommitted voterpengundi tidak terikatSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi atau pemilih yang tidak mengaku menyokong mana-mana parti politik. Dalam erti kata lain, identifikasi politik tidak wujud. Pengundi seperti ini akan membuat pemilihan hanya di saat akhir iaitu semasa hari mengundi. Pengundian juga boleh berubah kepada calon atau parti lain semasa penggal akan datang. Pengundi jenis ini biasanya tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh dengan kempen dan propaganda menjelang pilihan raya. Pengundi tidak terikat ini kebanyakannya terdapat di negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti di Australia dan New Zealand.
globular proteinprotein globulFizikNanoteknologiSatu protein berbentuk seperti sfera yang kebiasaannya larut dalam cecair akueus. Molekul daripada kumpulan bukan kutub pada protein ini terikat kepada molekul dalaman, sementara molekul daripada kumpulan kutub terikat keluar bagi membenarkan saling tindak dwikutub dengan pelarut. Protein ini dapat bertindak sebagai enzim, pengawal proses biologi, penghantar dan stok asid amino. Contoh utama protein ini ialah hemoglobin dan imunoglobulin.
jackknifingterikat gugurBioinformatikBioinformatik MolekulTeknik yang menguji dan menilai variasi data melalui pengiraan berulangan ke atas set data dengan menggugurkan set data yang tidak mencapai nilai ambang tertentu. Data yang mencapai nilai ambang tertentu seterusnya dinilai dan diuji semula sehingga mencapai satu nilai yang jitu. Teknik ini banyak digunakan dalam menghasilkan pepohon filogenetik.
sinking funddana terikatEkonomiTiadaDana yang diperuntukkan untuk pembayaran semula hutang seperti penjelasan bon, sama ada secara ansuran atau sekali gus pada tarikh matang hutang itu atau untuk elaun susut nilai. Sementara menunggu kematangan hutang, tunai dari dana ini boleh juga dilaburkan di pasaran wang.
tied rentsewa terikatPenilaian Harta TanahTiadaTiada
sinking funddana terikatPenilaian Harta TanahTiadaTiada
sinking funddana terikatPenilaian Harta TanahTiadaTiada
double sinking funddana terikat duaanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
annual sinking funddana terikat tahunanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123456

Kembali ke atas