Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polarizationpengutubanTeknikElektrik1. Proses menghasilkan sesaran relatif bagi cas terikat positif atau cas terikat negatif dalam suatu jasad dengan cara mengenakan medan elektrik. 2. Perubahan kimia yang berlaku di dalam sel kering semasa sel itu digunakan menyebabkan rintangan dalam sel utama bertambah dan seterusnya mengurangkan arus yang dikeluarkan oleh sel tersebut. Ini disebabkan oleh kewujudan buih-buih gas hidrogen yang menyelubungi plat negatif sel tersebut.
floatapungPentadbiranTiada1. Dana yang terikat kerana cek sudah dikeluarkan tetapi cek itu belum lagi dilunaskan. 2. Terbitan saham baharu oleh sesebuah syarikat.
obligorpenanggung obligasi/obligorPentadbiran PerniagaanTiada1. Seseorang yang terikat oleh sesuatu tanggungjawab, biasanya ia digelar prinsipal. Contoh: bagi bon binaan, kontraktor ialah prinsipal.
low energy liquidcecair tenaga rendahFarmasiTiada1. Bahan yang molekulnya terikat antara satu sama lain oleh daya tarikan van der Walls yang lemah. 2. Bahan bukan ionik, bahan organik, bahan hidrofobik, atau bahan bukan kutub.
labial reductionpengurangan labialPergigianTiadaTeknik memangkas permukaan labial gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan silinder. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. Penyediaan korona jaket porselin memerlukan pengurangan sebanyak 1.0 mm manakala korona terikat porselin sebanyak 1.5 mm.
callosekalosaBotaniTiadaPolisakarida yang terdiri daripada sisa glukosa yang terikat melalui ikatan (1-3) glikosida. Kalosa biasanya terdapat pada plat tapis di unsur tiub tapis dalam tisu floem dan kadangkala didinding tiub debunga. Mendapan kalosa terbentuk di sepanjang musim pertumbuhan hingga menyebabkan liang-liang tiub tapis tersumbat. Bagi sesetengah spesies, kalosa boleh larut melalui hidrolisis yang berlaku pada musim bunga dan pengaliran bahan antara sel dapat diteruskan.
celluloseselulosaHerbaFitokimiaPolimer karbohidrat atau polisakarida yang terdiri daripada beberapa ribu unit glukosa yang terikat dengan gandingan 1,4’-?-glikosida. Molekul glukosa ini berinteraksi antara satu sama lain dan membentuk struktur agregat yang terpaut melalui ikatan hidrogen. Selulosa merupakan asas pada bahan strukturan yang memberikan kekuatan dan ketegaran pada tumbuhan. Selulosa juga ialah bahan mentah bagi industri pembuatan tekstil seperti rayon asetat dan selulosa asetat, kertas dan bahan letupan (selulosa nitrat).
gammagamaKimiaTiada1. Berkaitan dengan satu daripada dua atau lebih alotrop atau struktur hablur suatu pepejal.,2. Berkaitan dengan satu daripada dua atau lebih bentuk isomerik sebatian kimia, terutamanya yang mengandungi kumpulan yang terikat kepada karbon ketiga daripada karbon yang terikat kumpulan berfungsi.
bound waterair terikatSosiologiTiada1. Air yang tidak boleh melarutkan gula tetapi merupakan komponen penting di dalam sel haiwan dan tumbuhan.
disulphidedisulfidaKimiaTiada1. Sebarang sebatian yang mengandungi dua atom sulfur yang terikat pada radikal atau unsur. Misalnya, karbon disulfida, CS2. 2. Salah satu kumpulan sebatian organosulfur, RSSR’, yang mungkin bersimetri, iaitu R = R’ atau yang tidak bersimetri, iaitu R ¹ R’ (R ialah kumpulan alkil atau aril).
123

Kembali ke atas