lateral buckling | lengkokan sisi | Kejuruteraan | Tiada | Lengkokan yang terjadi pada arah isi rasuk. Lengkokan sisi ini terjadi kerana ketebalan rasuk yang jauh lebih besar daripada kelebarannya yang dapat diatasi dengan cara mengehadkan nisbah lebar terhadap kedalamannya. |
backpressure | tekanan balikan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tekanan yang terjadi dalam pancarongga ekzos dan sistem ekzos. Tekanan ini terjadi apabila sebarang bahagian ekzos terhalang dan aliran gas ekzos tidak dapat keluar dengan sempurna. Contoh halangan ialah penukar bermangkin tidak berfungsi atau tamat jangka hayat, paip yang kemek dan timbunan serbuk karbon dari pembakaran yang tidak sempurna. Kesan tekanan balikan yang lebih tinggi akan mengurangkan kecekapan isi padu. |
marginal trench | parit pinggir | Sains Marin | Tiada | Lekukan lantai laut dalam yang panjang, sempit dan mempunyai sisi secara relatifnya curam yang boleh menghasilkan gugusan dalam pandangan kasar seperti gunung berapi aktif yang meletus dan terjadi pada plat tektonik yang bertembung. Parit pinggir terjadi di kawasan yang mengalami tekanan topografik yang lazimnya kelihatan mengikuti luaran pinggir benua. |
hypothyroidism | hipotiroidisme | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang terjadi akibat kekurangan rembesan hormon tiroid atau penghalangan tindakan hormon. Ciri klinikalnya ialah lemah, kulit kering dan bersisik, serta ketaktoleranan pada keadaan sejuk. Contoh, penyakit miksedema. |
fruit | buah | Herba | Tiada | Organ tumbuhan yang terjadi daripada ovari bunga atau putik. Buah biasanya berbiji, berisi atau kering. Buah utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, buah pala, buah pinang, buah delima dan buah asam gelugor. |
confidante | setiawan | Kesusasteraan | Tiada | Setiawan: Pergeseran yang terjadi daripada lakonan dua pelakon yang berlawanan dalam sesuatu adegan. |
external economy | ekonomi luaran | Ekonomi | Tiada | Penjimatan yang terjadi apabila operasi sesebuah firma atau tindakan seseorang individu boleh menghasilkan manfaat kepada pihak lain tanpa sebarang bayaran dikenakan. Misalnya, firma besar yang menyediakan latihan untuk pekerjanya akan mewujudkan ekonomi luaran apabila sebahagian pekerja terlatih itu bekerja dengan firma lain. |
sporadic | sporadik | Kejururawatan | Tiada | Perihal penyakit yang hanya terjadi pada sesuatu ketika atau di sesuatu tempat terpencil. |
dry rot | reput kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Keadaan yang terjadi pada kayu, gentian, tekstil atau permaidani akibat serangan mikroorganisma. Keadaan ini dapat dikenal pasti melalui kehilangan kekuatan serta sifat asal bahan tersebut. Reput kering pada permukaan belakang permaidani menyebabkannya mudah koyak dan rosak. Bahan daripada jut lebih mudah rosak berbanding bahan sintetik lain. Pereputan pada kayu disebabkan oleh kelembapan dan kurangnya pengudaraan. Sekiranya hujung kayu dibina terlalu dekat dengan dinding atau menggunakan pengikat besi di hujung kayu, kayu tersebut mungkin diserang oleh reputan, walaupun diawet dengan baik. |
turbo lag; | kelambatan turbo | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kelengahan yang terjadi di antara pembukaan injap pendikit dengan pengecas turbo yang memberikan kuasa tambahan. Masa ini diperlukan oleh turbin dalam pengecas turbo yang melahu hingga laju galak. Tempoh ini sangat singkat, iaitu kurang dari setengah saat tetapi kesannya masih dapat dirasai pemandu. |