Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.lin] | ترجالين

Definisi : 1. teranyam, terkepang; 2. terang­kai; 3. terselip; 4. telah wujud, ada (per­sahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan Kanada telah lama ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.lin] | ترجالين

Definisi : 1 sudah dijalin; teranyam. 2 tersusun (bkn cerita). 3 telah wujud (bkn persahabatan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalin
Kata Terbitan : berjalin, berjalin-jalin, menjalin, terjalin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
application proxyproksi aplikasiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAtur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi.

Kembali ke atas