eFF-1 | eFF-1 | Biologi | Genetik | Faktor pemanjangan eukariot yang bertindak untuk membawa aminoasil-tRNA kepada tapak A ribosom dalam proses terjemahan. |
automatic dictionary | kamus automatik | Perpustakaan | Tiada | 1. Komponen bahasa mesin terjemahan yang menterjemahkan satu kata daripada bahasa lain. 2. Komponen yang menggantikan kod bagi kata atau frasa semasa mengekod dalam sistem carian automatik. |
translation | terjemahan | Biologi | Genetik | 1. Sintesis protein atau polipeptida dengan menggunakan mRNA sebagai templat dan berlaku di atas ribosom. 2. Penerbitan jujukan asid amino sesuatu polipeptida daripada satu molekul mRNA melalui penggabungan dengan ribosom. |
readthrough | pembacaan terus | Biologi | Genetik | 1. Transkripsi yang melepasi sesuatu jujukan terminator dalam DNA kerana kesilapan RNA polimerase untuk mengenali isyarat penamatan atau penceraian sementara faktor penamatan (seperti rho dalam bakteria) daripada jujukan penamatan. 2. Terjemahan yang melepasi kodon penamatan rantai (pemberhentian) sesuatu mRNA seperti dilakukan oleh tRNA supersor tak bererti. |
transcription | transkripsi | Muzik | Tiada | 1.Gubahan karya muzik berasaskan adaptasi daripada skor asal. Transkripsi ini digubah untuk sebarang alat muzik lain, selain alat atau ensembel asal. Contohnya, karya piano Mussorgsky, iaitu Pictures at an Exhibition yang ditran-skripsikan untuk orkestra oleh Ravel dan Lieder Schubert yang ditranskripsikan untuk piano solo oleh Liszt. 2.Catatan muzik berdasarkan rakaman atau persembahan secara langsung untuk penghasilan skor muzik karya yang dirakamkan atau dipersembahkan. Transkripsi juga ialah catatan dan terjemahan muzik daripada satu sistem notasi kepada sistem notasi yang lain. |