Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : telah dilatih, terdidik: guru-guru yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : telah dilatih; terdidik: Sekolah tsb sangat kekurangan guru-guru yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlatih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trained personnelindividu terlatihHerbaPeraturan dan PemasaranSeseorang yang telah menerima latihan teori, amali dan latihan lain yang bersesuaian dan relevan dengan tugasnya. Latihan berterusan perlu diberikan dan keberkesanannya disemak secara berkala bagi memastikan kompetensi individu terlatih berada pada tahap yang baik.
counselorkaunselorPendidikanTiadaProfesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pendidikan, pengurusan dan lain-lain. Kaunselor bertindak sebagai pembimbing dengan memberikan maklumat dan cadangan untuk membantu klien mengenal pasti kebolehan diri serta melakukan perubahan dalam membuat keputusan dan menentukan matlamat.
general physicianpakar perubatan amPerubatanTiadaDoktor pakar terlatih yang menyediakan penjagaan kesihatan bukan pembedahan kepada pesakit dewasa bagi penyakit yang sukar, serius atau luar biasa.
response forcespasukan tindak balasSains NuklearKejuruteraan ReaktorSekumpulan individu terlatih dan lengkap bersenjata di lokasi kejadian atau di lokasi lain untuk menangani percubaan pemindahan tanpa kebenaran atau tindakan sabotaj.
confinement care centrepusat jagaan ibu bersalin/pusat penjagaan ibu bersalinSosiologiTiadaTempat yang dikendalikan oleh individu terlatih untuk menjaga ibu bersalin dan bayinya mengikut tempoh yang ditetapkan.
herbariumherbariumHerbaTiadaTempat menyimpan koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang diawet dan dikelaskan secara sistematik. Tempat ini memiliki ciri bangunan, kemudahan, peralatan, kakitangan terlatih dan jaringan kepakaran yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, herbarium di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
arboretumarboretumHerbaTiadaKawasan yang ditanami dengan spesies tumbuh-tumbuhan tertentu untuk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan dan penyelidikan. Kawasan ini memiliki kemudahan, peralatan dan kakitangan terlatih yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, arboretum di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
external economyekonomi luaranEkonomiTiadaPenjimatan yang terjadi apabila operasi sesebuah firma atau tindakan seseorang individu boleh menghasilkan manfaat kepada pihak lain tanpa sebarang bayaran dikenakan. Misalnya, firma besar yang menyediakan latihan untuk pekerjanya akan mewujudkan ekonomi luaran apabila sebahagian pekerja terlatih itu bekerja dengan firma lain.

Kembali ke atas