attached X-chromosome | kromosom X terlekat | Biologi | Tiada | Kromosom X luar biasa yang terdiri daripada cantuman dua kromosom X yang bertindak sebagai satu unit semasa meiosis. Kromosom ini dapat digunakan sebagai penanda. |
meaning | maksud | Kesusasteraan | Puisi | Erti yang terlekat pada sesuatu diksi, frasa, kalimat ataupun keseluruhan sebuah puisi, sama ada secara tersirat atau tersurat. Contohnya, puisi "Nafas Kemanusiaan" dan puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad. |
trombus | trombus | Kejururawatan | Tiada | Bekuan darah yang terlekat di sepanjang dinding salur darah. |
catch | tampan | Perpustakaan | Tiada | Plat logam berpalang yang terlekat kuat pada kekulit buku. |
microarray | mikrotatasusunan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Himpunan tompokan fragmen DNA yang terlekat di atas permukaan cip kaca, yang direka bentuk secara khusus untuk analisis mikrotatasusunan. Tompokan fragmen DNA ini mewakili keseluruhan set gen sesuatu organisma yang tersusun dalam corak grid untuk kegunaan ujian genetik. Lihat juga analisis mikrotatasusunan. |
hoodie | baju hud | Fesyen | Tiada | Sejenis baju peluh atau jaket yang mempunyai penutup kepala yang terlekat pada bahagian belakang leher baju tersebut. |
roll mark | cacat guling | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kecacatan pada gelungan logam akibat serpihan logam yang terlekat pada pengguling. |
gas-liquid chromatography (GLC) | kromatografi gas cecair (KGC) | Kimia | Kimia Analisis | Teknik kromatografi gas yang fasa pegunnya ialah cecair. Cecair ini biasanya terlekat pada dinding turus kromatografi atau tersalut pada pepejal berliang di dalam turus. |
piston ring | gelang omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gelang yang diperbuat daripada keluli yang dipasang pada lurah omboh. Terdapat dua jenis gelang, iaitu gelang mampatan dan gelang minyak. Gelang mampatan bertujuan untuk membentuk kedap di antara piston dengan dinding silinder, manakala gelang minyak untuk menyingkir minyak pelincir yang terlekat pada dinding silinder supaya tidak memasuki kebuk pembakaran. |
backfire | sedakan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Letupan yang berlaku dalam sistem ekzos akibat penyalaan campuran udara-bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya semasa lejang pembakaran. Sedakan biasanya berlaku ketika kenderaan dinyahpecut. 2. Letupan yang berlaku dalam pancarongga pengambilan akibat injap pengambilan tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan bunyi letupan keluar melalui saluran udara masukan. Letupan ini biasanya berlaku kerana pemasaan pencucuhan yang salah, wayar palam pencucuh yang di- pasang tidak mengikut jujukan nyalaan dan injap masukan yang terlekat. |