decontrolled premises | harta terlepas kawalan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
vapour-recovery system | sistem pemulihan wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pemulihan wap bahan api cecair seperti gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung dalam karburetor dengan menggunakan sistem kawalan penyejatan. Sistem ini akan menghalakan wap tersebut ke kanister arang untuk mengelakkan gas terbebas ke atmosfera dan mencemarkan alam sekitar. Wap yang dipulihkan akan menjadi cecair dan dihantar ke enjin untuk dibakar. |
blue smoke | asap biru | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gas ekzos berwarna kebiru-biruan yang disebabkan pemba- karan minyak pelincir yang terlepas masuk ke dalam kebuk pembakaran dan bergabung dengan campuran udara-bahan api. Keadaan ini berlaku apabila gegelang omboh tidak boleh beroperasi sebagai pengendap yang sempurna. Minyak pelincir juga boleh memasuki kebuk pembakaran melalui pandu injap. |
vapour-recovery system | sistem pemulihan wap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem kawalan pancaran pengewapan, yang akan memulihkan wap gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung karburetor. |
evaporative control system | sistem kawalan penyejatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem yang menghalang wap bahan api dari tangki bahan api dan karburetor, daripada terlepas ke sekitaran semasa enjin dimatikan. Wap bahan api ini disimpan dalam kanister arang atau dalam kotak engkol enjin dan digunakan semula apabila enjin dihidupkan. Sistem ini merupakan penambahbaikan kepada sistem karburetor yang melepaskan wap ke sekitaran. Keadaan ini mengurangkan pencemaran alam sekitar. |
overrunning clutch | cekam larian lebih | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemacu dalam motor pengengkol yang mengandungi cekam yang akan terkunci semasa mengengkol dan akan terlepas apabila enjin hidup. |
positorque | pelajak kilas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemacu jenis Bendix yang membenarkan pinan dan angker berputar lebih laju selepas enjin dihidupkan supaya pinan terlepas daripada gigi roda tenaga. |
ibarat | ibarat | Kesusasteraan | Puisi | Suatu bentuk puisi tradisional yang digunakan untuk mengumpamakan atau membandingkan sesuatu kenyataan dengan sesuatu kenyataan yang lain, seperti alam. Pada kebiasaannya penggunaan bentuk ini dimulakan dengan perkataan umpama, ibarat, laksana, bagai, seperti dan sebagainya. Contohnya, perumpamaan di bawah. Laksana telur sesangkar pecah sebiji pecah semua. lbarat burung, mata terlepas badan terkurung. |
scavenging efficiency | kecekapan pembilasan sisa | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kadar sapuan gas ekzos dari ruang pembakaran oleh campuran udara-bahan api. Proses ini berlaku semasa lejang pengambilan bermula dan lejang ekzos hampir berakhir pada enjin dua lejang. Kecekapan tinggi menghasilkan pembakaran lebih sempurna tetapi pembaziran bahan api berlaku kerana sebahagian campuran udara-bahan api terlepas keluar bersama ekzos. |