rejected recharge | imbuh tolak | Hidrogeologi | Tiada | Air yang menyusup ke muka air tanah kemudian terluah kerana akuifer telah penuh dan tidak dapat menerimanya lagi. Air ini mungkin hanya mengalir keluar beberapa kaki sahaja dari tempat masuknya. Sesekali air menanjak lebih jauh ke singkapan lapisan penekan dan melimpah kerana junaman menurun akuifer penerima tidak dapat meneruskannya dengan cukup cepat. |
ground-water runoff | larian air tanah | Hidrogeologi | Tiada | Bahagian larian yang sudah masuk ke dalam tanah, menjadi air tanah, dan terluah ke dalam alur sungai sebagai mata air atau air rembesan (Langbein, Iseri). Harus dibezakan dari aliran dasar. Ruj.: Meinser 1923 Sin.: aliran air tanah |
ground-water discharge | luah air tanah | Hidrogeologi | Tiada | Luahan air dari zon tepu dengan apa jua cara: sejatan, pepeluhan, aliran mata air, rembesan efluen, perigi pampa dan keluaran air tanah dari bawah kawasan tersebut. Hal ini mencakup proses luahan, dan air terluah serta kuantitinya. (Dimensi: L3T-1) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: pengurangan air tanah |