fast ejection | lencitan laju | Matematik | Tiada | Bahagian sinar yang padat yang terpancut keluar dari kromosfera matahari tanpa menyerpih, dengan kelajuan yang tinggi. |
mist | semburan | Perubatan | Tiada | Sesuatu bahan seperti ubat yang terpancar atau terpancut keluar. |
volcanic bomb | bom gunung berapi; bom volkano | Geologi | Tiada | Piroklas likat yang terpancut ke udara dari volkano semasa ledakan, dan sebelum jatuh ke bumi akan membeku dan berbentuk bundar. |
cnidoblast | knidoblas | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sel epiderma selenterat khusus, berbentuk bujur dan mengandungi pundi berisi cecair yang terletak pada lingkaran bebenang panjang dan lompong kemudian terpancut keluar apabila menerima rangsangan (nematosista). Ada tiga jenis knidoblas, iaitu sel sengat (di lengan ampai-ampai), sel berbelit (bebenang yang membelit mangsa) dan sel pelekat (bebenang yang diliputi bahan pelekat dan melekat pada mangsa). knida. |
magnetic storm | ribut magnet | Aeroangkasa | Tiada | Gangguan terhadap medan magnet bumi yang berlaku dengan kuat dan mendadak kira-kira sehari selepas tompok besar matahari melintas berhampiran dengan pusat matahari dan dipercayai berlaku disebabkan oleh aliran zarah teraruh elektrik yang terpancut keluar dari vorteks tompok matahari. |
magnetic storm | ribut magnet | Matematik | Tiada | Gangguan terhadap medan magnet bumi yang berlaku dengan kuat dan mendadak kira-kira sehari selepas tompok besar matahari melintas berhampiran dengan pusat matahari dan dipercayai berlaku disebabkan oleh aliran zarah teraruh elektrik yang terpancut keluar dari vorteks tompok matahari. |