social democracy | demokrasi sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme. Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh secara perlahan-Iahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka perlu dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudiannya berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk membantu kelas bawahan. Contohnya, Great Britain di bawah pentadbiran Tony Blair. |
hypnosis | hipnosis | Perubatan | Psikiatri | Kurang tahap kesedaran yang diaruh secara buatan dan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan arahan atau cadangan. |
mozarabic lyric | lirik mozarabik | Kesusasteraan | Tiada | Lirik yang dihasilkan oleh masyarakat Mozarab yang mendiami bumi andalus. Pelibatan masyarakat ini dalam kegiatan sastera menghasilkan sumbangan yang bernas, iaitu menulis lirik mozarabik yang merujuk kepada hasil seni terutamanya dalam puisi. Masyarakat Mozarab disebut sebagai golongan al-musta�rabin dalam bahasa Arab. Mereka merupakan masyarakat Kristian asal Sepanyol yang memeluk Islam atau yang terpengaruh dalam kebudayaan dan sosial masyarakat Arab. |
power politics | politik kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana. |
uncommitted voter | pengundi tidak terikat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengundi atau pemilih yang tidak mengaku menyokong mana-mana parti politik. Dalam erti kata lain, identifikasi politik tidak wujud. Pengundi seperti ini akan membuat pemilihan hanya di saat akhir iaitu semasa hari mengundi. Pengundian juga boleh berubah kepada calon atau parti lain semasa penggal akan datang. Pengundi jenis ini biasanya tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh dengan kempen dan propaganda menjelang pilihan raya. Pengundi tidak terikat ini kebanyakannya terdapat di negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti di Australia dan New Zealand. |