Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pim.pin] | ترڤيمڤين

Definisi : dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-ran­cangan dan arahan-arahan pemerintah dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
guided democracydemokrasi terpimpinSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara yang biasanya terdapat di negara yang sedang membangun. Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang baru merdeka dianggap tjdak cukup matang untuk mengamalkan demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku serta kebebasan pembangkang terhad. Tokoh yang memperkenalkan idea ini di Indonesia ialah Soekarno ekoran daripada kegagalan demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu. Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin dengan mengimbangi kuasa tentera dan Parti Komunis dalam jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam. Dalam sistem ini, Soekarno menggantung parlimen dan pilihan raya, memiliknegarakan pelbagai perusahaan yang besar (terutamanya milik Belanda) dan menahan penentang politiknya serta menghantar mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya dengan campur tangan pemerintah akan memungkinkan pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka.

Kembali ke atas