nucleus herd | kumpulan nukleus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Program mengembangbiakkan peningkatan baka terpusat dalam memilih haiwan yang terbaik dari ladang-ladang bekalan untuk diselenggarakan bagi tujuan menghasilkan haiwan yang lebih produktif. Sebagai contoh, 200 ekor haiwan betina elit dipilih untuk membentuk kumpulan nukleus dan dikawankan dengan jantan terpilih bagi menghasilkan generasi berikutnya. Proses ini akan mengakibatkan satu pertambahan progresif prestasi purata gerompok nukleus daripada generasi kepada generasi. |
unitary | kesatuan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan negara yang berasaskan kepada satu kerajaan terpusat berbanding dengan persekutuan yang memperlihatkan dua lapisan kerajaan seperti kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan ini menguasai segala bidang pemerintahan, kekayaan ekonomi dan segala sumber yang ada dalam negara tersebut walaupun dalam negara ini juga terdapat golongan minoriti yang berbeza etnik, budaya dan agama. Dalam negara seperti ini, biasanya wujud gerakan pemisahan yang menuntut autonomi atau kemerdekaan kerana tertindas oleh kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan majoriti. Contohnya Filipina, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka. |
governance | Kepemerintahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat pemerintahan sesebuah negara atau pertubuhan tertentu yang bersifat terpusat, terbuka, terkawaI, Ionggar, red tape (sarat dengan birokrasi) atau terpencar. Pembentukan sifat ini ditentukan oleh kerajaan yang memerintah dan perubahan kerajaan boleh membawa kepada bentuk kepemerintahan yang berbeza. Contohnya, sifat kepemerintahan Singapura selalu disebut bersifat negara �polis� memandangkan peraturan ketat dan kawalan yang rapi dilaksanakan oleh pemerintahnya. Sinonim tadbir urus. |
Sheikhdom | negara Syeikh | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sebuah negara secara monarki mutlak oleh dinasti Sheikh dengan kerajaan yang terpusat dari istana. Pemerintahan ini berlangsung secara turun temurun tanpa unsur keterbukaan persaingan. Sheikh yang memerintah serta ahli keluarganya akan mendominasi institusi legislatif, eksekutif dan kehakiman. Mereka mengawal ketat aktiviti politik supaya kedudukan status quo tidak tercabar. Keluarga Sheikh ini juga menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Mereka menentukan perancangan ekonomi negara dan membuat segala keputusan penting seperti menentukan belanjawan negara, jenis barangan eksport, penyertaan dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya. Perkembangan demokrasi dan unsur-unsur keterbukaan dan sivil seperti kedudukan pilihan raya, pemisahan kuasa, persaingan parti politik dan kedudukan pembangkang serta peranan media dan NGO sangat minimum malah dalam banyak kes tidak wujud langsung. Contoh negara Sheikh ialah Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Qatar, Kuwait dan Bahrain. |
absolute power | kuasa mutlak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bentuk kuasa yang hanya dikuasai oleh seseorang, sekelompok atau organisasi tertentu tanpa sebarang kuasa menyemak, amalan pembahagian kuasa atau perkongsian kuasa. Pemerintahan ini dikuasai oleh seorang diktator, raja atau sebuah parti yang terpusat kuasanya. Segala keputusan politik ditentukan oleh pemerintah sama ada semasa menggubal, melaksanakan, mentafsir undang-undang dan menentukan dasar luar dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, konsep kuasa mutlak harus dibezakan dengan konsep kuasa mutlak kerajaan. Kuasa mutlak kerajaan merujuk kepada kerajaan yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kebaikan negara. Contoh kuasa mutlak dapat diIihat semasa pemerintahan ldi Amin di Uganda pada dekad 1970-an yang bersifat diktator. |
quasi-federation | separa persekutuan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mengamalkan sistem persekutuan yang bersifat separa. Negara ini memiliki ciri-ciri asas persekutuan, namun praktiknya tidak sepenuhnya mengamalkan sistem persekutuan tersebut. Dalam sistem ini, kerajaan pusat sering memiliki kuasa yang tinggi atau bersifat terpusat sementara kerajaan negeri tidak memiliki autonomi yang sewajarnya. Contohnya, India dan Malaysia merupakan negara yang bersifat separa persekutuan. |
despotism | sistem kuku besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang tidak membenarkan kebebasan dan persaingan poIitik serta dilaksanakan secara zalim serta dikuasai oIeh individu atau kelompok tertentu. Dalam sistem ini, hak poIitik masyarakat seperti mengundi, berpersatuan, bersuara dan sebagainya dihalang. Kebenaran hanya diberikan kepada kelompok yang menyokong pemerintahan tersebut. Kuasa politik dalam sistem ini bersifat terpusat dan dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Parti politik lain pula tidak dibenarkan wujud kecuaIi parti pemerintah. Media massa dan segala penyebaran maklumat dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Sebarang bentuk penentangan politik akan dihukum seperti diseksa, dibuang negara atau dibunuh. Penentangan politik dalam sistem ini hanya wujud secara berselindung atau rahsia seperti gerakan bawah tanah. Contohnya, Rusia di bawah pemerintahan Stalin berada dalam pemerintahan kuku besi. |
oriental despotism | kuku besi ketimuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan. |