intermittent gas lift | angkat gas terputus-putus | Kejuruteraan | Tiada | Sinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isi padu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan. |
disjointed incremental | penambahan terputus | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perancangan yang dilakukan secara ad-hoc bagi menyelesaikan sesuatu masalah. |
misfire | cetusan salah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cetusan terputus-putus yang terjadi dalam silinder disebabkan campuran udara-bahan api yang tidak tercucuh secara selanjar. |
fuse | fius | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti pemutus litar yang akan terputus arus yang berlebihan melaluinya. |
kit'ah | kit'ah | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua. |
stray cat | kucing terbiar | Veterinar | Tiada | Kucing yang berada di luar rumah kerana telah meninggalkan atau tersesat daripada rumah pemiliknya serta telah terputus hubungan dan pergantungan dengan manusia. |
uninterruptible power supply (UPS) | bekalan kuasa tak terganggu | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peranti sandaran yang membekalkan kuasa elektrik apabila bekalan kuasa normal terputus. |
loss of offsite power (LOOP) | kehilangan kuasa luar tapak | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Bekalan kuasa elektrik dari luar tapak ke loji nuklear terputus. |
torsional vibration | getaran kilasan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tindakan mengilas dan tak mengilas yang terjadi pada sebatang aci disebabkan oleh penggunaan kuasa atau beban yang terputus-putus. |
emergency diesel power supply | bekalan kuasa diesel kecemasan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peralatan yang membekalkan kuasa elektrik menggunakan bahan api diesel apabila bekalan kuasa utama terputus. |