Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sang.kut] | ترسڠکوت

Definisi : 1. tergantung pd sesuatu, terletak pd sesuatu (seluar pd duri dll): beg tangan putih yg ~ di jenjang kerusi; 2. terlibat sama, terbawa masuk, terbawa-bawa: kelima-lima orang ini tidak ~ dgn kejadian merompak itu; 3. tertumpu pd (pandangan), terlekat: pandangannya ~ pd parut di bawah siku tangan kanannya; 4. terhenti (perjalanan): di mana ~, di situlah singgah; 5. = ~ hati jatuh hati kpd, terpikat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sang.kut] | ترسڠکوت

Definisi : 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ayam hutan terbang ke hutan,
     Tali tersangkut pagar duri;
Adik bukan saudara bukan,
     Hati tersangkut kerana budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kain tersangkut kain tinggal.

Bermaksud :

Tergesa-gesa melarikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fast iceair kukuh , ais lekapGeologiTiadaSebarang ais laut yang terbentuk di sepanjang, dan tinggal tersangkut di pantai, atau yang terbentuk di antara aisberg terkandas, atau yang tersangkut di dasar di dalam air cetek.
bag fail-to-release detectorpengesan karung tersangkutPentadbiran PerniagaanTiadaAlat elektronik untuk mengesan karung yang gagal dilepaskan dari konveyor rantai.
outboard engineenjin sangkutKejuruteraanTiadaEnjin bot yang tersangkut atau terjulur.
flushingpenggelontoranHidrologiTiadaPembuangan dengan aliran mendadak mendapan yang tersangkut dalam pembuluh, pengumbah atau tangki kerana halaju aliran yang tidak mencukupi.
stuckterlekatKejuruteraanPetroleumKeadaan berlakunya paip gerudi, selongsong dan lain-lain peranti tersangkut dan terlekat di dalam telaga. Kejadian ini mungkin terjadi semasa penggerudian, semasa penurunan selongsong ke dalam lubang, atau semasa paip gerudi diangkat naik. Terlekatnya alat-alat ini boleh disebabkan oleh keruntuhan, lubang telaga yang bengkok dan sebagainya. Sering kali diperlukan pemancingan untuk melepaskan alat-alat yang melekat itu.
flushingpancut; penggumbahanGeologiTiadaPenggumbahan: Penyingkiran mendapan serpihan batuan atau puing lainnya yang tersangkut dengan menggunakan aliran air berhalaju tinggi; digunakan untuk membersihkan salur air dan lubang gerek gerudi.
open hole fishingpancing lubang terbukaKejuruteraanTiadaPemerolehan semula alat yang terjatuh atau tersangkut di dalam telaga yang tidak berselongsong.
anchor iceais jangkarGeologiTiadaAis yang terbentuk di bawah permukaan jasad air dan tersangkut pada dasar atau pada objek submuncul.
affine spaceruang afinMatematikTiadaSatah atau ruang tangen yang menyentuh sesuatu permukaan yang secara amnya dikatakan ruang vektor yang tersangkut pada satu titik pada permukaan itu.
anchor ballbola sauhPelayaranTiada1. Alat yang diikat dengan sauh buji dan ditembak ke arah susunan tali temali kapal supaya tersangkut semasa dalam kecemasan terutama ketika menyelamatkan diri.,2. Isyarat berbentuk sfera berukuran jejari 2 meter yang dinaikkan ke hadapan menandakan kapal sedang berlabuh.
12

Kembali ke atas