Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sé.bar] | ترسيبار

Definisi : terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat, dll): berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sé.bar] | ترسيبار

Definisi : terdapat di mana-mana; terserak; tersiar ke serata tempat: Berita kekalahan Jepun mula ~ di Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spread loss reinsurancereinsurans kerugian tersebarinsuransTiadaReinsurans lebihan yang setiap premium tahunan ditentukan berdasarkan jumlah kerugian lebihan syarikat mengesid untuk beberapa tahun kebelakangan yang ditetapkan.
hydrosolhidrosolFizikNanoteknologiKoloid yang tersebar di dalam air. Koloid merupakan ampaian zarah halus bersaiz 1 nanometer - 1 mikrometer yang terdiri daripada bahan organik dan bukan organik yang tidak larut di dalam air.
pandemicpandemikKejururawatanTiadaPerihal wabak yang tersebar luas sehingga dihidapi ramai bilangan rakyat di negara yang berlainan. Contoh, sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS).
folkloresastera rakyatKesusasteraanTiadaHasil sastera yang tersebar dalam kalangan rakyat biasa secara lisan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
moral panicspanik moralKriminologiKeadilan JenayahPerasaan takut yang tersebar dalam kalangan orang ramai bahawa sesuatu peristiwa, orang atau kumpulan akan mengancam kesejahteraan masyarakat. Perasaan ini juga merupakan proses membangkitkan keprihatinan sosial tentang sesuatu isu. Contohnya, perasaan takut yang timbul akibat peningkatan kejadian rogol atau ragut.
nanodispersionnanopenyebaranNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSistem pelbagai fasa nanozarah yang tersebar dalam pelbagai media sama ada pepejal, cecair atau gas.
kempokempoSukanTiadaSeni mempertahankan diri yang berasal dari China, tersebar ke Jepun dan negara lain.
association colloidskoloid asosiasiKimiaTiadaSistem mikroheterogen, iaitu zarah-zarah fasa tersebar koloid (misel) yang dibentuk oleh penggumpalan molekul atau ion bahan yang terlarut dalam medium penyebaran.
coherence lengthjarak koherensFizikNanoteknologiJarak berkesan sebarang gangguan setempat yang dapat tersebar dalam bahan superkonduktor. Jarak ini merupakan dimensi untuk pasangan elektron yang dikenali sebagai pasangan Cooper. Jarak ini adalah dalam julat 2 nm - 10(2) nm.
colloidkoloidFizikNanoteknologiZarah halus bersaiz 1 nm - 1000 nm yang kekal tersebar merata dalam cecair atau gas pada jangka masa lama. Koloid dapat dimendapkan atas permukaan substrat kaca atau silikon untuk membentuk filem tipis. Koloid nanozarah emas atau perak berpotensi digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, koloid nanozarah emas atau perak di dalam air.
1234

Kembali ke atas