Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersebut 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quinonekuinonHerbaPemiawaianKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan ganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya berwarna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dengan kumpulan keton. Contoh ekstrak herba yang mengandungi sebatian kuinon ialah daun mengkudu (Morinda citrifolia).
infrared spectrophotometryspektrofotometri inframerahHerbaTiadaKaedah pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan inframerah pada julat nombor gelombang 200 cm-1 -4000 cm-1. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba bagi mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Spektrum inframerah suatu bahan herba digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik.
employee insuranceinsurans pekerja pentinginsuransTiada1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan.
composite ordersusunan kompositKesenianHiasan DalamanSusunan yang terbentuk daripada gabungan kepala tiang Ionik dan tiang Corinthia. Motif daun akantus yang terdapat di tiang Corinthia, yang sememangnya mempunyai elemen skrol menyebabkan gabungan tersebut tidak dapat dibezakan atau dikenal pasti. Nisbah ketinggian tiang dengan lebar tiang ialah 11:1 atau 12:1.
pitchpicKesenianHiasan Dalaman1. Pengumpulan resin yang berpunca daripada proses pemisahan di dalam kayu atau di dalam sel kayu tersebut. 2. Penandaan kerapatan pail di sepanjang lebar sesuatu tenunan karpet yang digambarkan melalui bilangan benang atau panjang jalur yang terkandung pada kelebaran 702 mm. Semakin besar nilai pic, semakin rapat kedudukan satu pail dengan pail yang lain dalam lebar karpet. 3. Atap yang condong atau paip yang mendatar. Lihat juga atap.
radiolarianradiolariaSains MarinTiadaProtozoa berdiameter 0.1-0.2 mm yang menghasilkan rangka mineral kompleks. Rangka tersebut dipanggil "testa" dan biasanya terhasil daripada silika. Radiolaria biasanya mempunyai kapsul tengah yang membahagikan sel kepada bahagian dalaman dan bahagian luaran endoplasma dan ektoplasma. Radiolaria sebahagian daripada komuniti zooplankton dan boleh dijumpai di seluruh lautan dan tinggalan rangka radiolaria ini membentuk ooz bersilika yang menutupi sebahagian besar dasar laut. Radiolaria juga penting sebagai fosil diagnostik yang ditemui dari zaman Cambrian dan selepasnya. Beberapa fosil radiolaria yang biasa ditemui termasuk Actinomma, Heliosphaera dan Hexadoridium.
bionicsbionikPerubatanTiada1. Kajian tentang fungsi biologi tertentu yang boleh diterapkan pada perkembangan alat elektronik yang boleh beroperasi seperti fungsi biologi tersebut. 2. Teknik menggantikan bahagian badan dengan bahagian palsu yang menggunakan kuasa elektronik atau mekanik.
discountdiskaunEkonomiTiada1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut.
anarchyanarkiSains PolitikPolitik Perbandingan1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik.
impulseimpulsSains SukanBiomekanik1. Isyarat dalam bentuk gelombang elektrik yang dibawa oleh sel neuron pada sistem saraf. 2. Paduan antara daya dengan masa daya tersebut bertindak Paduan ini diwakili oleh rumus yang berikut: impuls = Ft , dengan; daya = F masa = t Apabila daya dikenakan pada sesuatu jasad, maka gerak yang dihasilkan oleh jasad tidak hanya ditentukan oleh besarnya daya yang diberikan, tetapi juga ditentukan oleh lamanya tempoh masa daya diberikan. Sesuatu perubahan besar pada gerak sebuah jasad dapat disebabkan oleh sedikit daya yang bekerja dengan masa yang lama, atau daya yang besar dengan masa yang singkat. Contohnya, bola golf yang bergolek di atas rumput, lama-kelamaan kehilangan kecepatannya disebabkan adanya daya kecil daripada geseran bola yang bergolek.
1234

Kembali ke atas