chromatophore | kromatofor | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Plastid haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang berwarna, biasanya terdapat pada lapisan luar (kulit). 2. Lamela bak piring bergaris pusat kira-kira 50 mm yang mengandungi pigmen fotosintesis. Beribu-ribu kromatofor didapati terselerak di dalam sel bakteria fotosistesis. Struktur kromatofor ini sama dengan struktur kloroplas pada tumbuh-tumbuhan tinggi. 3. Sel di dalam sitoplasma yang mengandungi pigmen dan apabila mendapat kawalan sistem saraf simpati boleh mengubah bentuknya dan menghasilkan perubahan warna haiwan. Contohnya, bengkarung dan katak akan menukarkan warna kulitnya dengan mengubahkan kepekatan atan taburan pigmen di dalam selnya. Kromatofor haiwan dikenali sebagai melanofor, iridifor dan xantofor. |