Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moleculesmolekulFizikNanoteknologiGabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens.
ruba�iruba�iKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis ruba�i. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Ruba�i mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap ruba�i mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan ruba�i sebelum atau sesudahnya. Contoh ruba�i Parsi karya Abu Sa�id-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Ruba�i ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan. Dalam sastera klasik Melayu juga pernah dikarang ruba�i. Contohnya, karya Bukhari al-Jauhari dalam Taj Us-Salatin: Budi sungguh yang menunjuk insan, Insan itulah yang budiman, Haiwannya yang bukan berbudi, Rupanya insan dan adanya haiwan.

Kembali ke atas