explicit | tersurat | Kesusasteraan | Puisi | Maksud sebuah puisi yang jelas difahami kerana penggunaan bahasanya tidak berkemungkinan membawa erti yang lain. Sinonim eksplisit. |
explicit | eksplisit | Kesusasteraan | Puisi | Lihat tersurat. |
literal meaning | makna harfiah | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang tersurat pada sesuatu diksi, frasa atau ayat dalam sesebuah puisi. Aspek ini banyak dikesan dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Contohnya, Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa. |
ideogram | ideogram | Kesusasteraan | Puisi | Imej atau gambaran wawasan pengarang yang terungkap sama ada secara tersurat mahupun tersirat dalam sesuatu diksi, frasa mahupun kalimat sesebuah puisi. Sebagai contoh pengungkapan imej ideogram ini dapat dilihat pada puisi "Pak Utih" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang. |
denotative | denotatif | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang diungkapkan oleh penyair dalam baris puisinya yang membawa makna selapis atau tersurat. |
contractual liability insurance | insurans liabiliti berkontrak | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi insured apabila berlakunya kerugian akibat liabiliti yang tersurat dan tersirat di bawah sesuatu kontrak. Contoh: di bawah kebanyakan perjanjian binaan dengan majlis perbandaran, kontraktor berkenaan bersetuju untuk melepaskan majlis perbandaran daripada dipertanggungjawabkan ke atas semua jenis kemalangan akibat daripada kerja-kerja yang dilakukan. |
myriad | limpahan | Kesusasteraan | Tiada | Kepelbagaian makna dalam karya sastera. Sesuatu hasil karya sastea biasanya bersifat simbolik, bermetafora, dan mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Justeru, karya sastera ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut pandangan dengan konteks makna yang pelbagai. |
message | amanat | Kesusasteraan | Puisi | Pesan yang disampaikan oleh penyair kepada khalayak. Lazimnya dalam puisi tradisional seperti pantun. Amanat ini disampaikan secara tersurat sedangkan dalam puisi moden lebih banyak secara tersirat. |
meaning | maksud | Kesusasteraan | Puisi | Erti yang terlekat pada sesuatu diksi, frasa, kalimat ataupun keseluruhan sebuah puisi, sama ada secara tersirat atau tersurat. Contohnya, puisi "Nafas Kemanusiaan" dan puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan tahap pergelutan manusia untuk mendapatkan kesejahteraan seperti yang difahami oleh penganut Kristian dan tertera dalam Bible. Pada peringkat awal, bentuk ini sering digunakan untuk menyatakan pemikiran yang bersifat agama. Di Barat, alegori sangat dominan pada Zaman Pertengahan dan bahan sastera dewasa memperlihatkan fikiran yang bersifat alegorikal. Namun dalam perkembangan seterusnya, bentuk ini digunakan untuk menyampaikan komen politik dan sosial, dan lumrah digunakan pada masa ini. Bentuk ini mempunyai kaitan dengan satu lagi bentuk, iaitu simbol. Namun perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah maksud yang tersirat bagi alegori lebih bersifat tetap dan tegar, sementara maksud tersirat bagi simbol lebih bersifat terbuka dan tidak dapat dipastikan secara persis. Apabila segugus simbol digunakan dalam sesuatu naratif, simbol boleh menjadi alegori. Bentuk alegori sering dipadankan dengan karya yang panjang. Walau bagaimanapun, karya pendek yang memperlihatkan ciri yang serupa dengan alegori, sering dikenali dengan istilah cerita binatang, dan cerita ibarat. Contoh lain yang terkenal dalam sastera Barat ialah karya Dryden berjudul Absalom and Achitophel. Karya ini memperkatakan idea tersirat tentang situasi politik di England pada pertengahan kurun ke-17. Karya berjudul Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift pula secara tersirat menggambarkan situasi politik di England ketika pemerintahan Ratu Anne. Dalam sastera Melayu, Syair Raja Tedung dengan Raja Katak ialah alegori situasi politik Johor-Riau pada kurun ke-19. Contoh yang lain ialah novel tikus Rahmat (1963) oleh Hassan Ibrahim yang merupakan alegori kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. Alegori berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �memperkatakan yang di sebaliknya�. |