Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tang.gung] | ترتڠݢوڠ

Definisi : dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tang.gung] | ترتڠݢوڠ

Definisi : dpt di­tanggung; terpikul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hari minggu pergi ke panggung,
     Dengar cerita anak dewa;
Hati rindu tidak tertanggung,
     Kalau tidak mati menjadi gila.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pure loss cost rationisbah kos kerugian tuleninsuransTiada1. Nisbah di antara kerugian reinsurans tertanggung dengan premium syarikat mengesid. 2. Nisbah kerugian insurans tertanggung dan diperuntukkan, ditolak perbelanjaan premium kasar terperoleh syarikat mengesid.
losses incurredkerugian tertanggunginsuransTiadaJumlah kerugian berbayar atau belum berbayar yang ditanggung oleh insurer dalam tempoh tertentu.
incurred losseskerugian tertanggunginsuransTiadaKerugian atau tuntutan insurans yang berlaku dalam tempoh insurans, tidak kira sama ada telah dibayar atau belum.
assumed liabilityliabiliti tertanggunginsuransTiadaLiabiliti pihak lain yang dipersetujui untuk ditanggung oleh syarikat insurans melalui kontrak bertulis atau kontrak secara lisan.
incurred loss rationisbah kerugian tertanggunginsuransTiadaPeratusan kerugian yang kena dibayar ke atas premium yang diperolehi.
losses incurred but not reportedkerugian tertanggung belum laporinsuransTiadaKerugian yang telah berlaku tetapi belum dilaporkan kepada insurer atau reinsurer. Pada akhir setiap tempoh kewangan, insurer patut menyediakan rizab untuk menampung kos kerugian sedemikian.
unreported claimstuntutan tidak laporinsuransTiadalih. kerugian tertanggung belum lapor.
loss rationisbah kerugianinsuransTiadaPerbandingan di antara kerugian dengan premium berbayar. Pengatas (kerugian) adalah sama ada kerugian tertanggung atau kerugian berbayar dan pembawah (premium) adalah sama ada premium terperoleh atau bertulis, bergantung ke atas penggunaan nisbah kerugian tersebut.
excess of lose ratio reinsurancereinsurans lebihan kerugian bernisbahinsuransTiadaReinsurans lebihan kerugian yang mengganti rugi syarikat mengesid terhadap amaun kerugian tertanggung bagi sesuatu masa, biasanya 12 bulan, melebihi sama ada: a. Satu amaun yang ditetapkan terlebih dahulu; atau b. Suatu peratusan tertentu daripada premium syarikat bagi jangka masa tersebut.
loss reserverizab kerugianinsuransTiadaAnggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Tarif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer.
12

Kembali ke atas