Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tang.kap] | ترتڠکڤ

Definisi : sudah ditangkap, terdapat, ter­kena (jerat dll), tertahan, tertawan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tang.kap] | ترتڠکڤ

Definisi : sudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Ayam dapat,
     musang dapat.

Bermaksud :

Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caughttertangkapPendidikanTiadaTiada
resonance energytenaga resonansKejuruteraanTiadaTenaga kinetik sesuatu zarah yang tertangkap atau terserak akibat kewujudan aras resonans yang sepadan dalam nukleus majmuk yang terbentuk daripada tindak balas zarah tuju dan nukleus sasaran.
combatantpenempurUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang-orang yang menyertai pertempuran atau medan peperangan secara langsung. Golongan penempur boleh terdiri daripada angkatan bersenjata rasmi dari sesebuah negara, tentera sukarela dan gerakan tentangan terancang seperti gerila. Apabila penempur tertangkap oleh pihak musuh, mereka dianggap sebagai tawanan perang dan perlu dilindungi sebagaimana yang ditetapkan dalam Konvensyen Geneva III 1949. Tugas penempur adalah untuk bertempur dan mara ke medan peperangan. Sekiranya perlu, penempur harus melukakan, menghancurkan, melakukan tindakan ketenteraan lain atau membunuh kerana sekiranya mereka tidak berbuat sedemikian, maka merekalah yang akan menjadi sasaran serangan musuh. Dalam peperangan, semua orang yang berada dalam golongan penempur akan menjadi sasaran atau objek serangan. Apabila seorang penempur membunuh penempur lain dari pihak musuh, maka perbuatan tersebut bukan dianggap sebagai tindakan yang melanggar undang-undang.

Kembali ke atas