stress | stress | Kejururawatan | Tiada | Keadaan tertekan dari segi mental, fizikal atau emosi yang dialami oleh seseorang akibat masalah kesihatan atau masalah hidup. |
distress | distres | Kejururawatan | Tiada | Keadaan tertekan dari segi mental, fizikal atau emosi yang melampau. |
polarized ligth | cahaya terkutub | Kimia | Kimia Analisis | Alur sinaran elektromagnet yang getarannya separuh, atau sepenuhnya tertekan dalam arah tertentu. |
psychosomatic disorder | gangguan psikosomatik | Perubatan | Psikiatri | Penyakit psikiatri apabila seseorang mengalami gejala fizikal yang menyebabkannya berasa tertekan berpunca daripada konflik psikologi. Walau bagaimanapun, gejala fizikal tersebut tidak dapat dibuktikan dengan pemeriksaan fizikal dan ujian. Sinonim psychosomatic illness. |
obliterate | hapus; obliteral | Biologi | Tiada | 1. Tidak jelas atau bercantum, seperti tanda-tanda pada serangga.,2. Terhimpit atau tertekan. |
help-seeking behaviour | tingkah laku cari bantuan | Psikologi | Tiada | Sebarang tindakan mencari bantuan daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan atau daripada individu yang dipercayai dalam kalangan masyarakat yang melibatkan bantuan dari segi pemahaman, bimbingan, rawatan dan sokongan umum ketika berhadapan dengan masalah tertentu atau berada dalam keadaan yang tertekan. |
press freedom | kebebasan akhbar | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kebebasan untuk menyiarkan dan mengulas berita tanpa sekatan pihak berkuasa khususnya pemerintah. Kebebasan ini termasuk menyampaikan apa sahaja berita sama ada yang sensitif atau tidak disenangi oleh pihak berkuasa. Dalam kebebasan ini, akhbar tidak menghadapi masalah tapisan dan tidak tertekan untuk menyiarkan berita yang menyebelahi pihak tertentu. Kebebasan ini juga memberi ruang kepada akhbar untuk melakukan penyelidikan atau penyiasatan yang hasilnya diterbitkan dalam rencana atau bersifat analisis seperti laporan penyiasatan. Contohnya, akhbar di Perancis yang bebas menyiarkan pelbagai berita sama ada yang menyokong atau mengkritik pemerintah. |
perlocutionary | perlokusionari | Kesusasteraan | Tiada | Aksi linguistik yang berlaku ketika ujaran yang mempunyai tujuan dan kesan antara perorangan dan sosial. Perlokusioneri dikaitkan dengan teori aksi pertuturan yang diperkenalkan oleh J.L. Austin (1961). Aksi pertuturan dibahagikan kepada tiga jenis: Pertama, aksi lokusionari iaitu aksi percakapan. Kedua, aksi ilokusionari, iaitu aksi yang dilakukan melalui percakapan. Ketiga, aksi perlokusionari, iaitu kesan percakapan menerusi aksi ilokusionari terhadap pendengar seperti rasa geli hati, takut, atau tertekan. Komunikasi bukan verbal seperti reaksi muka dan pergerakan badan juga mempunyai kuasa perlokusionari kerana mampu menimbulkan kesan rasa tertarik, bosan, atau menyakitkan hati. Dalam teori aksi pertuturan dan bidang disiplin lain, seperti pragmatik dan penekanan, perlokusionari biasanya melibatkan tujuan komunikasi atau kuasa ilokusionari komunikasi tersebut. Kesan perlokusionari percakapan pula kurang diberikan penekanan kerana orang yang bercakap biasanya tidak dapat mengawal kesan perlokusionari pendengar. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk menganalisis ayat dalam teks sastera. |
psychoanalytic criticism | kritikan psikoanalitik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam minda manusia, dan sensor ini dibentuk oleh norma sosial. Eseinya yang paling terkenal ialah The Interpretation of Dreams (1900), membincangkan watak Oedipus dalam drama Yunani purba oleh Sophocles dan watak Hamlet dalam drama Shakespeare. Teori ego psikologi yang dimajukan oleh Norman Hollang dalam karyanya berjudul The Dyanamics of Literary Response (1968) dan Five Readers Reading (1975) dikaitkan dengan psikologi pembaca. Beliau menggunakannya untuk menilai perhubungan antara pembaca dengan teks. Kajian Jacques Lacan mengenai bahasa dan hubungannya dengan perasaan subsedar (subconscious) seorang pembaca dalam karyanya berjudul Ecrits (1977) dan The Four Fundamental Concepts of Psycho-Analysia (1977), memberikan interpretasi baharu kepada pendapat Freud mengenai teori wacana struktural dan pascastruktural. Teori dan psikologi Carl Jung mengenai koleksi bawah sedar dan tipa induk turut mempengruhi perkembangan kritikan dalam teori psikoanalitik. Kritikan ini turut dikenali sebagai kritikan Freud atau kritikan psikoanalitik tradisional. |
dependency | kebergantungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Wallerstein. |