fuel injector | penyuntik bahan api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Injap suntikan yang menyuntik bahan api ke dalam pancarongga pengambilan sesebuah enjin. Terdapat tiga kedudukan yang digunakan oleh penyuntik ini, iaitu sebelum injap pendikit atau sebelum injap pengambilan atau terus dalam kebuk pembakaran. Penyuntik ini mempunyai satu liang atau lebih dan boleh dikawal oleh solenoid atau secara mekanikal. 2. Muncung suntikan yang menyemburkan bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran bagi enjin suntikan terus seperti enjin diesel yang bercampur dengan udara termampat semasa lejang mampatan. Muncung ini dikawal secara solenoid atau mekanikal. Sinonim muncung suntikan, pemancit bahan api. |
macroscopic | makroskopik | Fizik | Nanoteknologi | Sifat sistem yang kuantiti fiziknya dapat diukur atau dicerap secara terus. Bagi objek fizikal, saiznya melebihi 1 mm. Dari segi statistik, sistem ini merangkumi himpunan zarah yang banyak. Banding mikroskopik. |
microscopic | mikroskopik | Fizik | Nanoteknologi | Sifat objek yang kuantiti fiziknya tidak dapat diukur atau dicerap secara terus disebabkan oleh saiznya yang kurang daripada 1 mikrometer. Dari segi statistik, objek ini merupakan komponen sistem makro. Banding makroskopik. |
microwave | mikrogelombang | Kimia | Kimia Analisis | Sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang di antara 1 mm hingga 30 cm. Ia boleh dijanakan oleh tiub kuasa frekuensi radio daripada arus terus voltan tinggi. |