Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tés.tis] | تيستيس

Definisi : (téstis) (Bio) buah zakar, buah pelir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tés.tis] | تيستيس

Definisi : /téstis/ ist organ pembiakan hai­wan jantan yg menghasilkan sper­ma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata testis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epididymisepididimisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanStruktur berlingkar yang terletak di bahagian atas testis dan melekat di bahagian belakang testis. Epididimis berfungsi dalam proses pengangkutan, penyimpanan dan pematangan sel sperma.
spermatozoonspermatozoonPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGamet jantan yang dihasilkan daripada testis. Spermatozoon merujuk kepada satu spermatozoa. Sinonim sel sperma.
spermspermaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGamet pembiakan jantan yang dihasilkan di testis. Sperma mengandungi sebahagian bahan genetik dan terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk organisma baharu.
oviductoviduktusPerikananAkuakulturSaluran pembiakan, iaitu liang yang menuju ke arah gonad ikan, sama ada testis atau ovari.
male hormonehormon jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHormon seks yang dihasilkan oleh haiwan jantan di testis. Hormon seks ini dikenali sebagai testosteron. Hormon jantan ini berperanan menggalakkan perkembangan ciri seksual jantan serta merangsang aktiviti sekunder jantan seperti pembentukan otot, pertumbuhan tanduk atau pembentukan kelenjar bau.
seminiferous tubuletubul seminiferusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTempat percambahan, pematangan dan pengangkutan sel sperma dalam testis. Tubul seminiferus terbina daripada sel Sertoli yang dikelilingi sel spermatogenik pada epithelium dalaman dan sel dasar luaran.
reproductive systemsistem pembiakanKejururawatanTiadaOrgan-organ berhubungan dengan organ pembiakan. Bagi lelaki, ia terdiri daripada testis, vas deferens, kelenjar prostat, vesikel seminal, uretra, dan penis. Bagi wanita, ia merangkumi ovari, tiub Fallopio, uterus, vagina, dan vulva.
scrotumskrotumPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLapisan kulit di bahagian bawah abdomen haiwan jantan yang membentuk kantung untuk melindungi testis. Lokasi skrotum adalah di belakang zakar.
spermatogenenesisspermatogenenesisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses perkembangan sel germa yang membentuk spermatozoa. Spermatogenesis berlaku di dalam tubul seminiferus di testis, bermula dengan pembahagian mitosis sel dasar spermatogonium. Seterusnya sel ini akan membentuk spermatosit, spermatid dan akhirnya spermatozoa.
genital tracttrakus genitalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanOrgan yang terlibat dalam pembiakan. Trakus genital pada haiwan jantan merangkumi penis, testis, kelenjar aksesori dan pelbagai struktur tiub untuk mengangkut cecair dan sperma. Trakus genital pada haiwan betina merangkumi vulva, vagina, serviks, uterus, oviduk dan ovari.
12

Kembali ke atas